Friday, August 10, 2018

LUKA BEDSORE EMAK TAK BERBAU

LUKA BEDSORE EMAK TAK BERBAU .....

Tanggal 23 April 2017, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kampung. Cik ngah memberitahu yang emak telah dibawa ke hospital dan perlu dimasukkan ke wad HRPZ di KB kerana sudah tidak dapat membuka mata kerana tidak tertanggung menahan kesakitan yang dialaminya. Doktor memberitahu yang jangkitan kuman bekas luka di punggung mak telah merebak ke dalam darah tanpa disedari oleh kakak yang tinggal bersamanya.



Pada mlm itu juga mak dioperate untuk membuang isi daging punggung yang bengkak dan bernanah. Mak ditempatkan dalam wad 4 untuk dirawatkan dan dipantau oleh doktor tahap kesihatan.

Pada hari itu, semua adik beradik ku berkumpul dan bergilir-gilir menjaga emak di hospital. Aku telah berpakat dengan adik bongsuku membeli VIVIX untuk diberi minum pada mak bagi membantu mencepatkan penyembuhan luka emak yang terpaksa di cuci 2 hari sekali.

Setelah 2 minggu berada di hospital mak dibawa balik kerumah dan dijaga oleh kakakku di kampung. Aku telah membeli sebotol VIVIX untuk diberi minum kepada mak yang sudah tidak dapat makan apa-apa lagi selain air susu yang dimasukkan dalam wayar tube yang dimasukkan oleh doktor.

Kakak yang mencuci luka bedsore mak bagitau yang luka mak hampir baik, bersih dan tidak berbau busuk.

Tapi tanggal 2 Ramadhan tahun 2017 mak yang berumur 72 dan sakit tua tetap pergi menghadap Illahi meninggalkan aku adik beradik dalam keadaan tenang. Al-Fatihah buat mak Semoga mak ditempatkan di dlm kalangan orang-orang beriman.
AAMIIN...

------------------------------------
Ini adalah kisah perkongsian dari puan Suhaila Sulaiman, pengalaman arwah mak beliau menggunakan Vivix.

No comments:

Post a Comment