Monday, July 2, 2018

TIPS DALAM MEMILIH SYAMPU, SABUN, LOSYEN & KRIM BAYI.


TIPS DALAM  MEMILIH SYAMPU, SABUN, LOSYEN & KRIM BAYI.

Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sebelum memilih produk skincare terutama untuk bayi



6 BAHAN INI PERLU DI ELAKKAN!

Tips ni saya pernah baca di FB  Puan Nurhasanah Mazalan, saya share balik di sini untuk perkongsian kita bersama.

Antara 6 BAHAN yang perlu dielakkan:


1. ‘FRAGRANCE’

Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. Walau bagaimanapun, ‘fragrance’ atau bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.


Jika ibu bapa mahu memandikan bayi dengan sabun, pilih mandian yang menggunakan bahan pewangi semulajadi seperti ‘essential oil’ sebagai alternatif.

2. PARABEN

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.


Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Oleh itu, pastikan kita memilih produk penjagaan diri bayi yang bebas paraben untuk anak kita.



3. TALC

Talc merupakan bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi. Walaupun kini semakin banyak produk penjagaan bayi yang ditulis ‘talc free’ tetapi bagaimana pula dengan produk bedak talkum untuk bayi ini?


Pada kebiasaannya, bayi akan disapu dengan bedak sejurus selepas mandi supaya bayi sentiasa berbau segar dan wangi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City, Missouri menasihatkan ibu bapa agar tidak menggunakan bedak talkum ini untuk bayi kerana dikhuatiri boleh memberikan KESAN TERHADAP SISTEM PERNAFASAN BAYI terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.

4. ‘MINERAL OIL’

‘Mineral oil’ atau minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit iaitu berpeluh.


Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu bagi membuang kerak di kepala bayi.

5. TRICLOSAN

Pada kebiasaannya, barangan penjagaan diri yang mempunyai label anti bakteria mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan ini berbahaya untuk bayi kerana berisiko mengganggu hormon dalam badan. Ianya juga boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi pada kulit.

Bayi seharusnya membina daya tahan tubuh dan imuniti mereka sendiri. Namun, ianya mungkin sukar berlaku sekiranya ibu bapa menggunakan barangan penjagaan diri dengan label anti bakteria ini untuk bayi. Ini kerana, bahan kimia triclosan yang digunakan dalam pembuatannya turut membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

6. PROPLYENE GLYCOL

Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.


Lihat juga bahan kimia dengan nama polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG) pada label dan elakkan membeli barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini demi kesihatan bayi yang kita sayangi.


No comments:

Post a Comment