Wednesday, July 18, 2018

1 dari 2 Rakyat Malaysia Memiliki Paras Kolesterol Yang Tinggi

[ALERT] 1 dari 2 Rakyat Malaysia Memiliki Paras Kolesterol Yang Tinggi.



Kajian menunjukkan hampir separuh dari rakyat Malaysia (dewasa) memiliki paras kolestrol yang tinggi.

Kolesterol tinggi merupakan punca kepada penyakit jantung, serangan angin ahmar (stroke) dan kerosakan buah pinggang.
.

Bagaimanakah kolesterol menyebabkan penyakit penyakit ini?

Sebagai analogi,  cuba anda bayangkan lapisan minyak yang berada di pemukaan sup yang telah sejuk. Ia akan membentuk ketulan lilin yang berwarna kekuningan.

Ketulan seperti itulah yang akan terenap di dalam saluran darah apabila anda memiliki paras kolesterol yang tinggi.

Ia akan menyebabkan pengaliran darah menjadi tidak lancar dan tersumbat.

Jika pembentukan ketulan itu berlaku di saluran darah jantung, bekalan darah dan oksigen ke jantung akan terhenti dan tisu jantung mati serta berhenti berfungsi.

Keadaan yang sama berlaku jika ketulan itu berada di saluran darah lain di salam tubuh.

.

Bagaimanakah untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah?

Startegi untuk mengurangkan paras kolestrol boleh di lakukan dengan;

1)  Meningkatkan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan paras kolesterol

2) Mengurangkan pengambilan makanan yang boleh meningkatkan paras kolesterol

3) PALING PENTING- Mengurangkan berat badan dan aktif dalam aktiviti fizikal serta berhenti merokok

.

Bagaimanakah anda mahu mengetahui paras kolesterol anda?

Paras kolesterol boleh di ketahui dengan membuat ujian darah di mana mana fasiliti kesihatan. Anda akan di minta untuk berpuasa sekurang kurangnya 8 jam sebelum darah di uji.

Doktor akan menganalisa keputusan ujian anda serta melihat faktor risiko lain sebelum memberi nasihat atau mulakan rawatan.

Kredit : Public Health Malaysia

No comments:

Post a Comment