Tuesday, June 5, 2018

HILANGKAN KETUAT TANPA RAWATAN LASER DI SPA


Kalau korang perhatikan betul-betul boleh nampak ketuat dekat pipi kana Mek D tu kan. Ketuat tu dah banyak bulan ada dekat pipi Mek D. 

Mek D risau nak beli ubat ketuat di farmasi sebab ada orang cakap ia akan menghakis. So, Mek D memangbtakut ia akan rosakkan kulit muka Mek D. Nak ke spa, macam susah pulak nak cari dalam Kelantan ni sebab Mek D jarang keluar. 

Jadi Mek D pun google la macam-macam info untuk hilangkan ketuat. 
Ada yang pakai cuka, ada yang pakai serbuk sabun dan kapur. 

Tapi Mek D buat eksperimen sendiri. Mek D gunakan kapur makan dengan perahan air limau nipis. 
Kali pertama letak dekat ketuat sampai kering, ketuat tak nak tercabut lagi. 

Jadi Mek D buat hingga 3 kali kering kapur dan tarik, akhirnya ketuat keluar macam dalam gambar ni. 
Tengok dekat bawah ye. 

Alhamdulillah Mek D dahbtak perlu dapatkan rawatan laser di spa sebab ketuat dah tecabut. 
Bila dah tercabut memang kena usaha untuk matikan ar ketuat tu.. 
Alhamdulillah baru lepas 2 hari parut makin pudar. 
Seronok sangat kan. 

Masalah yang membelenggu dapat diselesaikan dengan rawatan dari rah je, tak perlu pergi spa lagi. 


No comments:

Post a Comment