Sunday, June 3, 2018

HILANGKAN BAU GETAH SKRAP DENGAN CEPAT

Sesiapa pernah kutip getah skrap akan tahu bau dia macam mana dan berapa lama bau tu akan melekat dekat tangan. Betul tak? 



Alkisahnya pagi semalam Mek D tolong mak ayah kutip getah skrap untuk dijual. 
So, memang akan melekat la Bau getah skrap dekat tangan tu. 

Jangan ditanya kenapa mak ayah masih menoreh walaupun dah berumur. 
Dah berbuih mulut kami adik-beradik suruh diorang rehat je dekat rumah. Diorang yang tak nak 
sebab kalau tak buat kerja badan rasa lagi cepat penat. 

Si, kami biarkan je mak ayah menoreh getah di kebun kami sendiri yang ada sikit tinggalan arwah atok. 
So, sebab kesiankan mak ayah, Mek D tolong la kutip getah skrap sekali pagi semalam. 

Balik kutip getah skrap tu biasanya Mek D akan hiris limau nipis untuk hilangkan bau getah skrap dekat tangan tapi still ada jugak baunya.  Semalam tiba-tiba teringat ada Basic H dekat rumah. So, Mek D buat la eksperimen untuk tangan sendiri dulu. 


Korang nak tahu, dengan sekali basuhan Basic H je dah boleh hilangkan Bau getah skrap. 
Amazing sangat. So, kalau ada yang masih tercari-cari cara nak hilangkan bau getah skrap dengan cepat boleh la cuba guna Basic H ni. 

No comments:

Post a Comment