Wednesday, May 30, 2018

SOLOK IKAN KEMBUNG MENU KEGEMARAN ARWAH KAKAK

Sejujurnya dah lama sangat Mek D tak makan solok ikan kembung lepas arwah kakak meninggal dunia 5 tahun lepas. Mungkin sebab orang lain tak pernah nak sediakan menu solok ikan ni selepas arwah kakak meninggal. 

Tapi bulan lepas adik bongsu Mek D pulak merungut cakap lama sangat tak makan solok ikan kembung ni. Jadi Mek D yang tak pernah sediakan menu ni pun usahakan la juga untuk masak. So, kali ni Mek D nak kongsikan resepi solok ikan kembung menu kegemaran arwah kakak Mek D ni. 

Bahan-bahan ikan kembung solok
------------------------------------------------
4 ekor ikan kembung (dibelah belakang dan diasingkan isi untuk inti) 
Bawang merah
Halia
Kelapa
Garam 
Gula
Daun kesum

Cara untuk menyediakan solok ikan kembung
Tumbuk atau blender isi ikan yang diasingkan tadi dengan kelapa parut, bawang merah dan halia. 
Kemudian gaul dengan garam dan gula secukup rasa. 
Lepas tu masukkan hirisan daun kesum dan gaul rata. 
Bila dah rata boleh la sumbat isi inti tadi ke dalam perut ikan. 


Inilah hasil ikan kembung yang dah siap diisi dengan inti tadi dan sudah sedia untuk digoreng. 
Ikan solok ni sedap makan panas-panas. 
So, boleh la goreng sebelum makan. 


SELAMAT MENCUBA YE. 😍


No comments:

Post a Comment