Sunday, May 20, 2018

PUNCA BADAN CEPAT PENAT DAN CARA UNTUK MENGATASINYA

PUNCA BADAN CEPAT PENAT

1 – Tidak Bersenam

Duduk dalam satu posisi bagi satu tempoh masa yang lama boleh menyebabkan kita kehilangan tenaga. Contohnya ketika menonton televisyen, melayari internet di komputer atau yang seumpama dengannya.

Dalam keadaan ini, tubuh menganggap duduk diam  dan tidak bergerak yang lama sebagai isyarat ‘idle’ atau sedang tidur.

Jadi, secara automatik tubuh menganggap kita sedang berehat. Tetapi posisi duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama itu bakal menyebabkan otot cepat letih dan lesu.

2 – Postur Tubuh Yang Tidak Responsif

Banyak tenaga diperlukan untuk membetulkan postur posisi tubuh kita. Postur tubuh yang tidak responsif – seperti duduk membongkok kehadapan atau bersandar di kerusi – menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul.

Lebih teruk keseimbangan tulang belakang, lebih tenaga diperlukan untuk memperbaikinya. Mengapa? Ya, otot kita terpaksa berkerja lebih untuk keperluan seperti itu.

3 – Diet Pantas

Percaya atau tidak, kehilangan berat badan secara mendadak akibat perubahan diet boleh menyebabkan kehilangan tenaga yang banyak.

Pengambilan kalori yang rendah terutamanya kurang daripada 850 kalori sehari, boleh menjadikan kita lebih letih. Jika diamalkan berterusan tanpa kondisi yang betul dalam jangka masa panjang boleh merosakkan kesihatan.

4 – Mengambil Sarapan Dengan Makanan Yang Manis

Makanan seperti bijirin bersusu, pastri, muffin dan roti bakar bersapu manisan akan memberikan tenaga yang tinggi selepas bersarapan.

Ia disebabkan penyerapan gula makanan yang pantas dalam tubuh. Proses aktif ini menaikkan paras gula dalam darah dengan begitu cepat.

Berikutnya, paras gula akan turut menurun dengan cepat selepas beberapa jam.

Kesannya, badan cepat letih dan mengantuk akan cepat terasa kepada kita. Mula la nak terlelap kan.

5 – Sentiasa Berasa Bimbang & Stress

Kebimbangan, gelisah dan stress sepanjang hari akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan otot menjadi tegang.

Ia mungkin disebabkan permasalahan peribadi yang serius, terperangkap di dalam kesesakan trafik atau mengalami trauma akibat situasi tertentu.

Implikasinya selain mengakibatkan kesakitan, ia turut mencetuskan keletihan akibat kerja keras tubuh untuk mengatasi masalah tersebut.

6 – Bersenam Lebih Dari Biasa

Bersenam sememangnya sangat baik untuk kita. Selain memberi kecergasan tubuh, ia turut meningkatkan kesihatan pada tahap yang lebih baik.

Memang automatik kita akan kehilangan tenaga atau badan tiada tenaga seleps kita aktif bersenam. Itu normal.

Apa akan terjadi jika kita memaksa diri bersenam dalam kadar yang lebih dari kebiasaan? Terutamanya jika kita baru ingin mencuba atau cuba ingin mendapatkan kembali bentuk badan idaman.

Perkara yang difikirkan setelah mengawal pemakanan tentunya bersemangat terlebih untuk melakukan senaman secara intensif.

Tanpa panduan jurulatih bertauliah, tentunya ia lebih mengundang kehilangan tenaga dengan lebih cepat dan sentiada di dalam keletihan.

CARA UNTUK MENGATASI CEPAT PENAT

1. Ambil sarapan

Rasanya semua orang pun tahu kan? Sarapan ni sangat penting untuk memulakan hari kita di awal pagi. 
Jangan tinggalkan sarapan kerana sarapan membantu kita kekal cergas sepanjang hari.

2. Tidur Yang Cukup

Kalau kita kurang tidur atau ada masalah tidur, memang boleh mengganggu jadual seharian kita. Kepala terasa melayang-layang dan pening, badan pula terlalu lemah dan lesu. Memang tak mampu nak buat apa kalau kurang tidur. Apatah lagi jika ada masalah Insomnia. Bertambah-tambahlah masalah penat kita.

Dapatkan tidur berkualiti dengan minum susu sebelum tidur atas pil Kalsium yang lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D. Ia membantu kita tidur dengan nyenyak dan berkualiti. Bangun tidur pun mudah je. Takdelah nak tekan ‘snooze’ berkali-kali dekat handphone atau jam loceng.

3. Minum Air Yang Cukup

Badan yang kekurangan air memang membuatkan kita rasa tidak bermaya sepanjang hari. Minum air secukupnya untuk pastikan badan kita sentiasa terhidrat.

Kalian boleh juga ambil Performance Drink untuk kekalkan bendalir dalam badan tanpa mudarat.

4. Elakkan Obesiti
Berat badan yang berlebihan membuatkan kita mudah penat dan letih.

Kegemukan atau obesiti membuatkan kita rasa lemah badan. Badan terasa berat untuk melakukan sebarang aktiviti.

Jadi cuba sedaya upaya untuk turunkan berat badan cara yang sihat. Ambil pemakanan yang berkhasiat dan buat detoks untuk memulakan perjalanan menurunkan berat badan.

Jika perlukan jurulatih untuk menurunkan berat badan, cari jurulatih yang benar-benar memahami konsep menurunkan berat badan cara yang betul. Sekarang ni ramai yang boleh bantu turunkan berat badan dan mudah nak cari di media sosial sama ada Facebook atau Instagram.

5. Ambil Suplemen Berkesan
Ambil suplemen yang selamat dan berkesan untuk hilangkan rasa penat dan letih.

Amalkan suplemen yang boleh berikan tenaga segera dan juga kekal bertenaga sepanjang hari. Pastikan juga kalian cek kandungan gula di dalam suplemen yang memberi tenaga ni. Jika kandungan gula tinggi, ia memang memberi tenaga segera tetapi ia boleh memudaratkan kesihatan pula di kemudian hari.

SUPLEMEN TERBAIK UNTUK TAMBAH TENAGA
1) Esp

Adalah protein sihat yang memberikan bekalan tenaga berterusan manakala sifatnya  rendah glisemik indeks yang memberikan rasa kenyang lebih lama.
Pengambilan susu bersama ESP dan kurma memberi badan lebih tenaga untuk bekerja dengan produktif sepanjang hari

2) Vitalea

Mengandungi kesemua 28 Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk iron

Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.

Mengandungi beta carotene yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu

Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

3) B-Complex

Vitamin B-Complex Shaklee terdiri dari 8 vitamin B penting untuk keperluan harian badan..

B-Complex adalah salah satu vitamin kesukaan saya kerana pengambilan setiap pagi membantu saya lebih tenang (vitamin anti-stress), bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari...B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protien, lemak dan karbohidrat kepada tenaga manakala asid folik dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh...

Lengkap untuk keperluan sel, menjadikan sistem tubuh bekerja dengan sempurna. B-Complex dioptimumkan dengan pengambilan bersama vitamin C.

4) Vitamin C

Vitamin seperti juga B Complex..mudah larut dan musnah dalam badan.
Jadi..bekalan vitamin C yang berterusan amat penting untuk menyokong segala proses dalam badan...

Vitamin C menyokong kesihatan tulang, gusi dan gigi serta kesihatan keseluruhan...
Individu yang sering rasa penat, letih, lesu dan tidak bermaya mungkin kekurangan vitamin C.

5) Omega guard

Bantu melancarkan peredaran darah serta meningkatkan daya ingatan..kesihatan jangtung..menurunkan kolestrol..

6) Ostematrix

OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi.

Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh

8. Performance orange
Kandungan gula yang terdapat dalam Performance Drink kurang berbanding minuman lain

Mempunyai kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah dan membolehkan ia mudah diserap untuk mengekalkan paras gula dalam darah

Membantu mengurangkan penyah-hidratan (kurang air, kehausan) kerana Performance Drink dilengkapi dengan kandungan natrium yang membantu mempercepatkan penyerapan air ke dalam tubuh

 Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium, dan chloride yang membantu membekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisme air dalam tubuh
 Performance Drink dapat membantu memberikan  kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot

9. Vivix

Mekanisme dalam Vivix bertindak terhadap sel badan adalah kerana Vivix mampu memberikan tenaga kepada sel badan di samping meningkatkan keupayaan mitokondria atau dipanggil pusat tenaga sel.
✅ Vivix mampu meninggikan kuasa mitokondria, semakin bertenaga badan kita akibat kuasa tenaga yang diberikan pusat tenaga sel tersebut.
✅ mitokondria ni akan semakin merosot keupayaan nak memberi tenaga abila kita semakin berumur. So, bila minum Vivix, sekaligus ia membantu untuk menjadi agen anti penuaan dan mengelakkan kemerosotan tulang, kolagen, tenaga dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment