Monday, May 14, 2018

PROTEIN MAKANAN KANSER

PROTEIN MAKANAN KANSER

Uolss pernah dengar tak pesakit kanser tak boleh makan atau kena kurangkan protein sebab protein tu makanan kanser, jadi kanser akan cepat membiak dengan pengambilan protein.

Sayang-sayang semua... meh Mek D nak kongsikan sikit..

Kalau sel kanser makan protein, sel normal nak makan apa?

Dalam badan pesakit kanser tu, bukan semua sel dia tu kanser. Ada juga sel-sel normal kan?

Protein ialah asas yang sangat-sangat diperlukan untuk pembentukan sel-sel baru yang sihat. Protein yang perlu dielak tu mungkin protein haiwan yang dicucuk hormon, cucuk antibiotik supaya binatang cepat gemuk dan elakkan penyakit. Protein haiwan juga turut mengandungi lemak dan kolesterol.

Protein juga diperlukan untuk membentuk antibodi bagi menguatkan sistem imun badan. Pesakit kanser ni sistem imun dia rendah. Sebab penyakit tu sendiri dan sebab rawatan kemoterapi.

Average protein yang diperlukan adalah 45-60g sehari. Bagi pesakit yang sedang menjalani kemoterapi, disarankan mengambil diet tinggi iaitu 1.2g/kg/hari - average 70g sehari.

Jadi, mengikut saranan American Cancer Society - 2/3 protein yang diperlukan badan diambil dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti soya, kekacang. Yang 1/3 lagi dari boleh la dari sumber haiwan.

Protein tumbuhan pun, sebaiknya cari yang organik ya. Dan kalau ada protein yang PDCAAS skornya 1 dan lengkap dengan semua asid amino dah tentu antara pilihan terbaik kan?

#dietPesakitKanser

No comments:

Post a Comment