Thursday, May 31, 2018

7 SUMBER MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

7 SUMBER MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

Bagi yang ingin mencuba selain daripada perubatan moden, bolehlah mengamalkan mengambil makanan di bawah.

1. VITAMIN D
Fungsi vitamin D adalah membantu menghasilkan hormon seks yang diperlukan sepanjang proses ovulasi.

Saranan makanan: Telur, produk tenusu dan pati minyak ikan haruan.

Hamil Anak Kembar
Produk tenusu kaya dengan vitamin



2. VITAMIN E
Bagi lelaki pula, pengambilan makanan yang kaya dengan Vitamin E membantu meningkatkan kualiti sperma agar hidup lebih lama. Maka, lebih peluang untuknya disenyawakan dengan ovum.

Saranan makanan: Biji bunga matahari, sayur bayam dan buah zaitun makanan meningkatkan kesuburan



3. VITAMIN C
Vitamin C bukan saja dapat meningkatkan kualiti kesihatan secara umum, tetapi ia turut menjadikan wanita lebih subur.

Saranan makanan: Sayur brokoli, kubis, buah tomato, ubi kentang dan cili merah



4. COQ10

Ia sejenis enzim yang bertindak seperti Vitamin C. Selain terdapat dalam bentuk pil, ia semulajadi daripada makanan segar.

Saranan makanan: Daging dan makanan laut

5. ASID FOLIK
Ingatkan wanita saja yang disarankan mengambil asid folik! Rupanya, ia juga baik untuk lelaki kerana berfungsi menghasilkan sperma yang berkualiti.

Selain terdapat dalam bentuk pil suplemen seperti C0Q10, anda boleh mendapatinya daripada sumber tumbuhan.

Saranan makanan: Buah-buahan dan sayur-sayuran

6. PROTEIN
Mampu mengurangkan risiko tidak subur hingga 50 peratus. Ramai yang ingat protein hanya boleh didapati daripada daging dan telur, tetapi ia juga kaya dalam makanan berbentuk sayuran atau tumbuhan.

Saranan makanan: Elakkan protein dari sumber haiwan tapi lebih kepada protein sayur-sayuran seperti kekacang. Contoh sayuran dan buah yang berprotein tinggi termasuklah jambu, pisang, manggis, epal, kacang buncis, kurma, kacang ‘almond’.

7. CECAIR DALAM BADAN
Apabila seseorang wanita meminum banyak air kosong, ia membantu meningkatkan kandungan cecair serviks dalam badannya.

Cecair serviks ini amat penting dalam badan membantu sperma berenang menuju dalam uterus seterusnya melekat pada telur.

Saranan makanan: Banyakkan minum air kosong. Sasarkan meminum 2 hingga 3 liter air, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari.

GAYA HIDUP SIHAT ADALAH KUNCI MENINGKATKAN KESUBURAN

Pastikan badan anda tidak terlalu gemuk atau terlalu kurus.

Terlampau gemuk boleh mengganggu kesuburan terutamanya kaum lelaki kerana ia menyebabkan sperma hilang kualiti dan mengurangkan jumlah bilangan sperma.

Bagi wanita pula, terlalu kurus atau gemuk pula mengganggu pusingan haid sehingga menjejaskan proses ovulasi.

Oleh itu, jalanilah hidup aktif selain mengambil makanan yang dinyatakan di atas.
Okay sebelum terlupa, Mek D nak kongsi testimoni dengan anda.


No comments:

Post a Comment