Saturday, April 21, 2018

SUPLEMEN UNTUK JERAGAT


Pigmen kulit sangat penting untuk kulit manusia. Mek D akan terangkan kenapa 4 vitamin ni berfungsi macamubat jeragat tetapi dengan lebih selamat dan semulajadi. Juga boleh dikira sebagai petua atasi jeragat kalau anda kenali sayuran atau buah yang ada vitamin-vitamin untuk jeragat ini.
Tahap pigmen ialah berbeza- beza antara anda dan orang lain. Malah tahap pigmen juga berbeza- beza pada bahagian lain di tubuh anda.

3 vitamin untuk jeragat

1. Vitamin C
Vitamin jeragat yang sangat kuat untuk menjaga kulit terutamanya dalam menghilangkan jeragat. Antioksidannya tinggi membolehkan kulit kurang rosak bila terkena cahaya matahari. Vitamin C juga boleh menghalang dan memudarkan jeragat secara semulajadi.

Anda boleh dapat vitamin C melalui sayur, buah- buahan dan juga dengan mengambil suplemen. Pakar kesihatan mencadangkan anda ambil 1,500 mg vitamin untuk kulit yang sihat.
2. Vitamin E
Sejenis vitamin yang larut lemak. Ia juga tinggi antioksidan yang sangat berkesan untuk hilang jeragat, kulit kering dan kulit pudar. Dalam mengatasi masalah jeragat, vitamin E boleh meneutralkan kesan ‘Sunburn’ akibat sinar UV.
Gabungan vitamin E dan vitamin ialah pasangan terbaik untuk menghilangkan dan menghalang jeragat. Anda boleh ambil vitamin E melalui makanan ataupun suplemen.
3. Vitamin B12
Jeragat ialah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi gelap benbanding di bahagian lain. Jadi, kekurangan vitamin E juga dikenalpasti sebagai punca jeragat. Kesan dari ujian menunjukkan kulit jeragat pulih dengan cepat selepas beberapa minggu mengambil vitamin B12.
Maka, disimpulkan bahawa vitamin B12 adalah sangat penting untuk mengatasi jeragat.

No comments:

Post a Comment