Sunday, April 1, 2018

AWAS!!! ORANG KURUS PUN ADA VISCERAL FAT?

VISCERAL FAT



Orang gemuk dah tentu-tentu berlemak kan..tapi hati-hati orang kurus juga terkadang kandungan lemak organnya ataupun visceral fat lebih tinggi daripada orang berbadan besar.

Apa itu visceral fat??

Visceral fat adalah kandungan lemak yang menempel di organ-organ dalaman seseorang dan lemak visceral ni sukar dilihat dengan mata kasar

Lemak visceral berbeza dengan lemak tubuh yang lain iaitu lemak subkutan(lemak bawah permukaan kulit)

Kajian menunjukkan seseorang yang tinggi kandungan lemak visceral lebih berisiko terhadap penyakit jantung,stroke,diabetis dan hipertensi

Orang yang kurang bersenam dan melakukan pergerakkan fizikal lebih cenderung mendapat visceral fat yang tinggi.stress juga mungkin menjadi faktor pembentukkan lemak visceral

Tahukah anda yang visceral fat adalah yang paling bahaya kerana ianya sukar dilihat oloh mata kasar dan agak sukar dihapuskan berbanding lemak di bawah permukaan kulit.

Dan pakar perubatan menyatakan yang tiada cara lain yang dapat menyingkirkan visceral fat melainkan melalui senaman yang berterusan dan dengan mengamalkan pemakanan diet yang seimbang

Mulakan gaya hidup sihat anda sekarang..


No comments:

Post a Comment