Wednesday, March 28, 2018

KULIT KERING?

KULIT KERING



Kulit kering tidak semudah “kurang lembapan” tau. Satu kajian dibuat terhadap mereka yang berkulit kering, berminyak & normal... mendapati tiada beza antara peratus kelembapan (% water content)dalam kulit setiap kategori.

Kulit kering sebenarnya disebabkan oleh intercellular matrix (bahan di antara sel-sel kulit yang ‘pegang’ antara sel-sel) yang dah mula kurang efektif atau rosak. Basahkan muka atau minum air banyak-banyak tidak boleh menyelesaikan masalah ni, unless keadaan kulit tu kita baiki dulu.

Untuk mengelakkan atau mengatasi kulit kering, kita mesti elak atau kurangkan pendedahan kulit terhadap benda-benda yang merosakkannya.

Apa yang merosakkan kulit?
❌ sinar matahari
❌ produk yang mengandungi bahan-bahan yang merosakkan kulit
❌ rokok

So... jagalah kulit dengan melindunginya dari UV matahari & make sure guna skincare yang tak merosakkan kulit. Berwuduk dengan sempurna pasti wajah yang comel tu lebih jernih dan berseri-seri.

No comments:

Post a Comment