Thursday, February 1, 2018

BENARKAH VIVIX MENGANDUNGI ARAK

BENARKAH VIVIX MENGANDUNGI ARAK ?

Vivix yang kami makan, kami jual di Malaysia adalah yang botol merah dalam gambar. Kami juga orang Islam yang sentitif isu halal. Nauzubilah meneguk minuman haram mahupun syubahah.



Kandungan utama Vivix Malaysia adalah MUSCADINE GRAPE atau nama saintific Vitis Rotundifolia.

Manakala Vivix yang dipasarkan di USA mengandungi RED WINE. Kalau anda belum tahu, RED WINE adalah satu dari beribu nama spesis anggur. Nama saintific Vitis Vinifera.

Kalau kita petik anggur ni makan, halal. Macam buah anggur yang kita beli kat supermarket. Shaklee USA extract dari buah anggur yang bernama RED WINE bukan dari RED WINE “Arak Merah”.

Pernah dengar penerangan ustaz petugas JAKIM. Demi nak keluarkan kelulusan halal, JAKIM akan pastikan semua pembekal pembekal bahan mentah, pemprosesan dan persekitaran kilang pembuatan mematuhi justifikasi halal.



Sebab itu bukan senang beri kelulusan halal. Mereka memegang amanah agama. Silap mereka beri kelulusan pada produk yang sebenarnya tidak halal, mereka menanggung dosa berjuta-juta orang Islam.

Begitu juga ketelitian dalam memilih badan luar yang sama fungsi dalam mengiktiraf halal. Islamic Service of America ISA adalah badan yang mengeluarkan pengiktirafan halal di Amerika. Jika JAKIM silap dalam mengiktiraf ISA sebagai satu badan yang memperakui justifikasi halal. Bayangkan besar mana dosa yang ditanggung.

Mencari halal itu wajib. Fitnah itu mungkar.


2 comments:

  1. Vivix ni mmg hot kan, ramai yg minum sbb khasiat dia

    ReplyDelete
  2. rabia makan esp shaklee je setakat ni...sbb ada gastrik

    ReplyDelete