Tuesday, January 2, 2018

MENGAPA TRANSFAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN?

MENGAPA TRANSFAT BERBAHAYA PADA KESIHATAN?



Minyak dan makanan yang mengandungi transfat yang banyak
akan meningkatkan tahap "kolestrol" jahat (LDL) dan merendahkan "kolestrol baik' (HDL) dalam tubuh.

Ia meningkatkan risiko mendapat serangan sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Ia juga selalu dikaitkan dengan pesakit dianetis Jenis  2.

Sebelum tahun 1990, tidak banyak infomasi tentang bahaya transfat. Hanya selepas tahun 1990 sahaja banyak kajian yang dilakukan menunjukkan bahaya pengambilan minyak dan produk makanan yang mengandungi transfat.

Badan berautoriti yang menjaga keselamatan ubat dan makanan di Amerika Syarikat (US FDA) mula mengenakan sekatan kepada penggunaan transfat dalam industri makanan sejak tahun 1990 itu.

Namun US FDA tidak menghalang orang ramai yang memilih untuk mengambil transfat, tetapi memberikan amaran dan nasihat tentang keburukannya.

Produk yang banyak transfat ini selalunya ada dalam makanan seperti donut,  pizza, cookies, krakers, marjerin dan makanan yang digoreng.

Kita boleh memeriksa kandungan transfat dalam produk makanan dari label pada plastik atau kotak pembungkus.

Walaupun kadang kala ditulis sebagai  “0 grams of trans fats” ia bermakna kandungan transfat kurang dari  0.5 grams transfat setiap hidangan.

Kita juga boleh mengenali bahan transfat dalam penyediaan makanan dengan melihat kandungan bahan yang digunakan semasa penyediaan makanan. Kita juga boleh melihat pada jenis minyak yang digunakan yang ditulis sebagai "partially hydrogenated oils.”

Sumber :Dr Zubaidi



No comments:

Post a Comment