Wednesday, December 20, 2017

Bahaya third hand smoker

Bahaya third hand smoker



First hand smoker adalah perokok itu sendiri. Asap yang disedut, masuk ke dalam paru paru diri dia sendiri.

Second hand smoker adalah individu yang tersedut asap dari perokok yang berada berdekatan dengan dia.

Third hand smoker adalah individu yang mendapat/terhidu bekas asap rokok yang melekat dia kawasan persekitarannya seperti di baju, sofa, langsir, tuala yada yada yada.

Tahu tak asap rokok tu boleh duduk dalam paru paru sampai berjam jam?

Tahu tak asap rokok tu boleh melekat kat sofa, baju, langsir yada yada tu berjam jam juga?

Tahu tak asap rokok tak boleh hilang pun hanya dengan mandi?



Asap rokok tak terus terhapus terus lepas kau hembus dia ke udara. Ianya bukan macam kentut yang sekeli lepas, sekali bau dan sekelip mata hilang dari deria.

Kentut bukanlah toksik.
Tak kisahlah kentut dari anus atau vagina.

Tapi asap rokok adalah toksik  yang membahayakan, bukan saja pada perokok tetapi pada yang terhidu tanpa rela. Ianya bersifat karsinogenik.

Siapakah yang paling selalu terdedah kepada third hand smoke ni?
Haruslah anak anak, isteri, ibu ayah atau yang serumah dengan perokok yang mementingkan diri sendiri tu.

Ya, ramai yang kata:
Saya tak rokok dalam rumah, saya tak rokok depan anak anak, saya rokok dengan kawan kawan saja, saya rokok time kerja saja yada yada yada.

Tapi perokok ni taktahu yang asap yang dia hisap dan hembus tu akan melekat dalam mulut dia, rongga pernafasan dia, paru paru dia, baju dia, rambut dia, muka dia, misai janggut dia dan segala yang terdedah dengan dia.

Balik rumah dia terus cium bini dan anak atau anak anak datang jabat tangan atau dia akan duduk di sofa dulu atau akan terbatuk sikit menghala ke langsir. Asap rokok masih tetap melekat di dalam mulut dan badan serta persekitaran.

Itu baru asap yang melekat di persekitaran rumah.

Cuba bayang kalau perokok yang jenis merokok depan anak bini, betapa teruknya kesan dia kan?

Yang seksa nanti anak dan bini.
Yang ke klinik dan hospital akibat susah nafas dan masalah paru paru adalah anak bini.

Kalau yang kena bahana tu perokok sahaja tak apalah, sebab dia yang sengaja cari penyakit.

Tapi, tak pasal pasal orang sekeliling dia pun dapat penyakit akibat dari perangai penting diri dia, tak ke menyampahkan?

Apakah kesan akibat daripada terhidu asap rokok?
1. Kanser ( paru paru, tekak, mulut)
2. Ulser dalam perut
3. Jangkitan telinga pada kanak kanak
4. Katarak
5. Masalah jantung
6. Masalah usus
7. Angin ahmar
8. Masalah paru paru
9. Kerosakan hati

Jadi, apa kita perlu buat untuk halang semua ni?

Berhentilah merokok, vape, bershisha, bercurut yada yada yada.

Walaupun harga rokok makin mencanak naik, tapi tetap juga jumlah perokok makin menimbun.

Tengok gambar di bawah, dalam masa 10 tahun, bilangan perokok tak berkurang banyak pun.

Jadi saya rasa, harga rokok naik sahaja tak cukup, perlu denda sahaja sesiapa yang merokok di kawasan awam, tempat makan, kawasan klinik dan hospital, kawasan sekolah, padang permainan, di tempat kerja semualah.

Kalau mereka masih nak merokok, merokok di dalam balang supaya mereka sahaja yang hidu asap rokok tu.

‎وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)”
 (al-Baqarah 2: 195)

Berhentilah merokok tak kiralah siapa anda.

Janganlah jadi orang yang pentingkan diri sendiri.

Nota kaki : kerana kita hidup berkongsi. Berkongsi udara, berkongsi dunia, berkongsi habitat segala jenis makhluk.


No comments:

Post a Comment