Saturday, December 2, 2017

5 TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

5 KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN (CARA TRADISIONAL )
=====================================================



Masalah perut buncit selepas bersalin adalah masalah normal dalam kalangan para ibu. Banyak cara rawatan sama ada secara moden atau tradisional boleh dilakukan untuk mengempiskan perut yang buncit.

Berikut adalah petua tradisional yang boleh diamalkan oleh semua wanita dalam usaha untuk mengempiskan kembali perut yang buncit.

1) Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.

2) Campur sedikit beras dan kisar halus. Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.

3) Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.

4) Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

5) Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.

No comments:

Post a Comment