Monday, December 4, 2017

10 TANDA AWAL KEROSAKAN BUAH PINGGANG


Penyakit buah pinggang adalah antara penyakit yang mempunyai pesakit paling ramai dalam statistik penyakit kronik di Malaysia. Tapi ramai masih belum sedar dan jaga pemakanan. Kali ni Mek D nak kongsikan 10 tanda awal kerosakan buah pinggang dengan anda.

10 tanda tersebut adalah seperti berikut :

1. Kekerapan pembuangan air kencing
Anda perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Mengalami keletihan yang melampau
Anda mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Anda mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.

4. Mengalami kegatalan yang teruk
Anda mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut anda
Perhatikan sekiranya ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah
Anda mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa
Anda berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas
Anda merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala
Anda kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Korang ada alami salah satu tanda dalam ni ke? Kalau ada cepat-cepat buat pemeriksaan di hospital tau. Cegah sebelum terlambat. Mek D ada cara untuk korang jaga kesihatan buah pinggang jugak taw.
Jemput klik link bawah ni kalau nak tahu.

www.wasap.my/60179051711
www.wasap.my/60179051711
www.wasap.my/60179051711


1 comment: