Thursday, November 9, 2017

TERUNG PIPIT BERSAMA BILIS MASAK BERLADA


Duduk kampung ni banyak je pokok terung pipit ni. So, dah tak habis nak buat ulam, Mek D pun terfikir la nak goreng berlada dengan bilis. 
Jadi untuk entri kali ni Mek D nak kongsikan resepi terung pipit bersama bilis masak berlada. Jom kita memasak. 

Bahan utama
----------------------
Bilis
Terung pipit

Bahan tumis
------------------------
Cili padi
Bawang merah
Bawang besar 
Bawang putih

1. Panaskan minyak dan goreng bilis dengan api perlahan supaya ia rapuh. 

2. Lepas siap bilis, tumis bahan-bahan untuk ditumis sehingga naik minyak. Kemudian letak sedikit je garam sebab bilis dah masin. Untuk kurangkan rasa pedas letak sedikit gula. 

3. Tunggu sehingga bahan tumis naik minyak kemudian masukkan terung pipit. Masakkan terung pipit sehingga separuh masak. 

4. Bila terung pipit dah separuh masak boleh masukkan bilis dan gaul rata. 
Dan dah siap untuk dihidangkan. 

So, korang kalau rasa dah tak tahu nak masak apa, boleh cuba menu ni. 
Memang boleh bertambah nasi tu. 
Lagi-lagi kalau korang jenis suka makan pedas dan suka makan sayur. 
Memang syok sangat weh. 

3 comments:

  1. sedapnya terung berlado... yummm panas pedas

    ReplyDelete
  2. wow... akak tak pernah masak terung pipit ni... nice sharing rezepi sis...

    ReplyDelete