Sunday, November 5, 2017

RANGKAIAN SET BAYI YANG MENJAMIN KESELESAAN BAYI


Berita baik buat ibubapa diluar sana.  Jika keselesaan bayi keutamaan ibubapa pasti akan memilih set rangkaian untuk bayi yang akan dilancarkan pada penghujung November ni. Mek D yang belum ada anak pun teruja jugak tau sebab set ni memang dijamin SELAMAT  dan tiada BAHAN KIMIA. 
Set bayi ini terdiri daripada 3 keperluan utama bayi iaitu MANDIAN, LOSYEN dan MINYAK SAPUAN untuk kelegaan bayi. Jom Mek D terangkan serba sedikit tentang set rangkaian bayi bagi keselesaan bayi anda ini. 


Pertama sekali ialah mandian untuk membersihkan badan bayi. Seperti kita tahu, badan bayi tak kotor sangat pun kan. Jadi sesuai sangat dengan mandian yang mempunyai buih halus dan senang untuk dibersihkan ni. Ia diperbuat daripada 76% bahan organik dan 99% bahan semulajadi. Diperkaya dengan aloe organik, ekstrak oat dan minyak zaitun, rangkaian mandian ni akan membuatkan bayi rasa tenang 
Di samping bau lavender dan chamomile pasti akan membuatkan bayi anda lebih selesa. 


Bila dah siap mandikan bayi mesti ibu-ibu nak pastikan kulit bayi kekal lembap kan. Jadi losyen yang mudah meresap ni memang sangat sesuai untuk kulit si kecil anda. Dengan campuran pelbagai bau semulajadi pasti menenangkan bayi dan membuatkan si kecil sentiasa berbau segar. Malah ia turut sesuai untuk individu yang berkulit sensitif juga. 


Akhir sekali ialah minyak urut untuk si kecil. Ia diperbuat daripada 99% bahan organik dan semulajadi dan semestinya ia terjamin selamat untuk bayi. Dengan adanya minyak urut ni, sesi bonding ibu dengan si kecil menjadi sesi terapi buat ibu dan anak. Bau lavender dan chamomile semestinya akan menenangkan si kecil anda. 

Jadi kalau masih tercari-cari rangkaian set bayi yang menjamin keselesaan bayi, pasti set Shaklee Baby ni akan menjadi pilihan anda. Untuk pre-ordee sebelum pelancaran anda boleh hubungi 017-9051711. Anda juga boleh tanya tentang maklumat lanjut berkaitan dengannya. 



1 comment:

  1. ni boleh dijadikan hadiah utk mereka yang ada bayi atau yg bakal beranak. huhu

    ReplyDelete