Wednesday, November 1, 2017

5 LANGKAH MUDAH UNTUK MEMULAKAN BISNES



Adakah anda terfikir untuk memulakan bisnes?

Perniagaan adalah sunnah Rasulullah SAW.

9/10 rezeki adalah dari perniagaan.

Alhamdulillah, saya dah 4 tahun berkecimpung

dalam dunia perniagaan secara fulltime.



Ini antara 5 tips bagi mereka yang baru ingin memulakan perniagaan. 



1. Elakkan memberi ALASAN. 

Ramai orang memiliki impian untuk menjadi

Usahawan Berjaya, tetapi akhirnya mereka

gagal, disebabkan banyak ALASAN dan TAKUT

kegagalan.



Sebenarnya, apa pun alasan akan menggagalkan

usaha anda untuk mencapai matlamat anda.

Jika anda serius untuk berniaga, anda mesti

buang semua alasan yang ada.

Cari penyelesaian, bukan Alasan.



2. Tambah Ilmu

Ini yang paling penting..Jika ingin maju dalam

perniagaan, anda perlukan ilmu tentang

perniagaan yang anda ingin ceburi, seperti

ilmu tentang produk, pemasaran, jualan,

sistem, kewangan, operasi dan lain-lain lagi.



Perlu ada mentor untuk membimbing anda

untuk mencapai matlamat dalam perniagaan

anda.





3. Penyelesaian Masalah

Perniagaan anda mestilah untuk menyelesaikan

masalah yang dialami orang ramai. Jika mereka

ada masalah, produk atau perkhidmatan anda

yang boleh menyelesaikannya.



Sebagai contoh, jika ada masalah kecantikan,

anda bantu mereka dengan menyediakan

produk-produk kecantikan.

Jika mereka ada masalah kesihatan, anda

bantu mereka dengan produk kesihatan.





4. Mulakan Kecil-kecilan

Jika anda ingin menceburkan diri dalam bidang

perniagaan, mulakan secara kecil-kecilan dahulu,

kerana bukan semua bisnes itu akan menjadi.

Menurut kajian, hanya 10% sahaja yang berjaya,

90% lagi gagal.



Perlu ada perancangan yang betul dan perlaksanaan

yang mantap. Selepas dah capai pada satu tahap,

baru boleh tingkatkan ke tahap yang seterusnya.





5. Jangan Putus Asa

Perniagaan itu tak semudah yang disangka.

Memang perlukan ilmu kemahiran yang betul

dalam selok-belok perniagaan.

Di sepanjang  proses itu, mungkin ada

rintangan yang tak diduga.

hadapinya dengan bijak dan paling penting..

Jangan berputus asa.

Teruskan menlangkah sehingga mencapai

matlamat yang ditetapkan.

Okay, sekarang korang dah tahu 5 langkah mudah untuk memulakan bisnes.

Agak-agak korang nak buat bisnes apa tu?

Nak bisnes Shaklee macam Mek D ke?  😉😉

No comments:

Post a Comment