Sunday, October 15, 2017

TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG

TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG.

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.


2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. 
Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. 

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasibdiri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati dengan kelebihan orang lain. 

Sumber : Facebook Dr Zubaidi

No comments:

Post a Comment