Thursday, October 12, 2017

LAKSA THAI KUAH LEMAK KEGEMARAN SEMUA

LAKSA THAI KUAH LEMAK



Berita baik buat penggemar laksa. Kali ni Mek D nak kongsikan resepi untuk
sediakan laksa Thai kuah lemak. Kalau yang duduk dekat sempadan Thai
memang akan akui keenakan laksa ni. Korang pun wajib cuba tau.

Ni antara menu feveret keluarga Mek D juga tau. Tapi Mek D nak bagi amaran
awal-awal buat pesakit buasir. Laksa Thai kuah lemak ni pedas. Kalau tak tahan
pedas better tak payah makan. Tapi kalau nak makan jugak kena get ready dengan
Ostematrix dengan Omega Guard terus. Okay, jom tengok bahan-bahannya dulu.

🍴 Bahan-bahan 🍴

Ikan 500-600 g.
Bawang Merah 150 g.
Bwg putih 100 g.
Serai 60 g.
1 sudu gula
Kunyit
Belacan (perasa)
Cili padi (kalau nk pedas)
Garam 1 sudu (perasa)
2.5 liter air
Santan

Bila dah ada bahan-bahan mesti la kena tahu cara nak masak pula kan.
So, jom tengok cara nak masak dia. Senang sangat aih. Rugi kalau tak
cuba.

🍴 Cara2 memasak 🍴

1. Panaskan air. Rebus ikan dalam kuali sehingga masak
2. Ambil isi ikan dan tumbuk @ blend halus
3. Blend bawang merah, bwg putih, serai, cili & kunyit (Nak rebus dulu pun boleh)
4. Masak kesemua bahan blend tadi dgn isi ikan smpai mendidih Kemudian tuangkan santan.
5. Perasakan dengan garam, gula dan daun limau purut. Adjust rasa ikut tekak korang.
6. Perlahankan api dan biarkan mendidih sekejap hingga betul-betul masak
7. Boleh Makan dengan Sayur-sayuran seperti kacang panjang, timun, taugeh, ulam2, telur rebus dan cili kering.

Haaaa.. Kan Mek D dah cakap senang je nak masak ni. So, boleh la cuba ye kawan-kawan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment