Tuesday, October 10, 2017

6 PUNCA JERAGAT YANG WAJIB DIKETAHUI SUPAYA DAPAT DICEGAH

6 Punca Jeragat Yang Wajib Diketahui
*****************************************************
1) Matahari



Sinar matahari mengandungi sinar UV A & B yang menyebabkan kerosakan sel kulit.

UV B merosakkan sel bawah kulit dan UV B pula sel luar kulit. Jadi, untuk hilangkan jeragat, punca utama jeragat ini mesti diatasi.

Kesan sinar UV ini bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh membawa kepada masalah kanser kulit.

2) Kehamilan



Kebiasaannya wanita hamil akan mengalami banyak masalah kulit. Ini memang disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak menentu.

Jadi, ibu mengandung dasarankan untk mengambil nutrisi yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat.

Masalah yang biasa ialah kegatalan, kulit pecah, jerawat, ekzema dan jeragat.

Pada sesetengah ibu, jeragat akan pudar dan hilang selepas bersalin. Tetapi ramai juga terus mengalami jeragat.

3) Rawatan Hormon

Kajian menunjukkan rawatan hormon (pil) yang mengandungi hormon estrogen dan/ atau progesteron, pertukaran hormon, implan banyak mengalami masalah jeragat.

Punca jeragat ini menyebabkan hormon menjadi tidak stabil. Ramai pelanggan saya berkata jeragat tumbuh selepas mereka ambil perancang kehamilan.

4) Ubat- ubatan



Pengambilan beberapa jenis ubat yang memberi ‘side effect’ pada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan baru dengan aktif. Ini punca jeragat yang jarang kita sedar.

5) Wangian

Pewangi, sabun wangi dankosmetik yang menyebabkan tindak balas ‘phototoxic‘ juga adalah diantara punca terjadinya jeragat.

Oleh dicadangkan untuk memilih produk atau ubat yang lebih natural seperti suplemen.

6) Hypothyroidism

Ia juga dikenali sebagai keadaan dimana paras hormon tiroid rendah.

Ini adalah punca penyebab jeragat yang perlu kita semua tahu supaya kita dapat rawat balik jika ada masalah jeragat.

Nanti Mek D akan kongsikan dengan kawan-kawan cara untuk merawat jeragat dengan cepat dan berkesan.


No comments:

Post a Comment