Monday, October 16, 2017

4 CARA TANGGALKAN DAKI SECARA SEMULAJADI

Daki merupakan kotoran terkumpul yang melekat pada kulit hasil daripada aktiviti harian. Ia sering tertumpu pada bahagian kulit yang memiliki LIPATAN  sepertia ketiak, celah peha bahkan leher. Kalau yang bahagian tertutup tu mungkin kita boleh sorok. Tapi kalau bahagian leher mungkin susah sikit. So, entri kali ni Mek D nak kongsikan cara untuk tanggalkan daki secara semulajadi. 

Di bawah ni adalah cara untuk tanggalkan daki secara semulajadi. 


1. Badam

Badam mengandungi vitamin penting dan sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit. 
Caranya tumbuk rata badam sehinggalah menjadi pes dan campur bersama susu atau madu. 
Oleskan secara rata pada bahagian yang permasalah seblum biarkan selama 45 minit. Akhir sekali bilas dengan air bersih. Seeloknya lakukan 4 kali seminggu. 


2. Gel lidah buaya

Lidah buaya atau aloe vera terkenal dengan manfaat terhadap kesihatan kulit seperti mengatasi jerawat, kusam dan berminyak. Ia bukan saja baik untuk wajah tapi elok juga untuk bersihkan daki. 
Caranya ialah dengan memotong dua batang lidah buaya kemudian gosokkan gel tersebut pada sekitar kulit bermasalah. Urut rata kawasan itu dan biarkan ia melekat pada kulit lebih kurang 20 minit sebelum bilas dengan air bersih. Selian hilangkan daki, gel lidah buaya bantu cerahkan kulit. 


3. Kopi

Kopi bukan saja sedap dibuat minuman, malah ia juga berkesan untuk menanggalkan daki yang terkumpul pada kulit. 
Caranya mudah sangat.  Hanya campurkan serbuk kopi dengan air sedikit hangat. Oleskan pada bahagian bermasalah dan urut secara lembut. Kemudian bersihkan dengan air. Ia boleh dilakukan setiap hari. 


4. Timun

Timun bukan saja enak dibuat ulam tapi boleh digunakan untuk tanggalkan daki secara semulajadi. 
Caranya mudah hanya potong atau hancurkan timun dengan memarut. 
Kemudian oles pada kulit yang berdaki serta biarkan selama 20 minit . Kemudian bersihkan dengan air. 
Kulit bukan saja jadi cerah dan bersih malah menyegarkan. 

Ini adalah antara 4 cara tanggalkan daki secara semulajadi yang korang boleh cuba. 
Kalau ada cara lain boleh komen, nanti Mek D akan update juga kat sini. Selamat mencuba. 



No comments:

Post a Comment