Monday, September 4, 2017

DENGGI, VIRUS YANG MENIPU SISTEM IMUN

☘DENGGI, VIRUS YANG MENIPU SISTEM IMUN☘

Demam denggi walaupun disebabkan oleh virus dan boleh sembuh sendiri tanpa apa-apa ubat, tapi komplikasinya yang boleh membawa maut. Jadi demam denggi ni adalah penyakit yang mesti dipandang serius.

Denggi disebarkan oleh nyamuk aedes. Ia tak berjangkit secara direct dari manusia... tapi kalau dah seorang dalam rumah kena, tak mustahil semua pun kena sebab share enviroment yang sama akan...

Apa yang berlaku bila kita diserang denggi?

Bila virus denggi masuk dalam badan, ia akan menjangkiti sel-sel badan termasuk sel imun. Sel imun yang mula-mula sekali yang dijangkiti dipanggil Langerhan cell yang berada dekat dengan kulit.

Denggi melepaskan RNAnya ke dalam sel tersebut dan menukar struktur sel yang dijangkiti supaya kehadirannya sebagai 'musuh' tidak disedari. Sel tu dah tak kenal dah bahawa sel sebelah dia dah 'sakit'. Pastu sel tu sendiri pun terjangkit.

Apabila sel-sel yang dijangkiti oleh virus denggi bergerak dalam cecair limfatik, denggi akan mengambil kesempatan untuk menjangkiti sel lain, termasuk sel-sel dinding saluran darah sehingga menyebabkan kebocoran pada salur darah.

Masa ni denggi ni baru je nak membiak tau. Tempoh pembiakan ini atau incubation period biasanya mengambil masa 4-7 hari walaupun boleh berlanjutan hingga 2 minggu. Ini memberi peluang virus denggi untuk menjadi banyak dalam aliran darah & dipanggil viremia.

Fasa demam (febrile phase)

Pada peringkat ini seseorang akan mula menunjukkan simptom seperti demam panas yang boleh mencapai suhu 38-40 darjah, batuk selsema dan sakit-sakit sendi, kurang selera makan & mungkin muntah-muntah.

Tempoh demam ini berlanjutan dalam 4-6 hari & tiba-tiba pesakit demam denggi akan berasa sihat. Fasa ini dipanggil fasa kritikal & pada fasa ini bilangan virus denggi mula menurun.

Kalau sel-sel imun dah dijangkiti & dah mati, siapa yang bunuh virus denggi?

Rupanya badan kita ada lagi pertahanan lain iaitu protein yang dipanggil interferon. Interferon mampu merencatkan pembiakan virus.

Sebenarnya interferonlah yang berlawan dengan virus denggi sehinggalah demam seseorang kebah.

2 fungsi interferon ialah melawan virus on the spot & mendorong penghasilan antibodi yang dapat mengenalpasti virus denggi dan menyingkirnya dari tubuh. Interferon boleh didapati di dalam NUTRIFERON. 

No comments:

Post a Comment