Friday, August 25, 2017

Warna Kegemaran Lambang Peribadi

Warna kegemaran lambang peribadi
========================================
Betul ke macam tu? Mungkin betul dan mungkin juga tak betul. Ye tak?

Mek D yakin, setiap daripada korang ada warna kegemaran masing-masing. Kan kan.  😉
Kalau takde warna kegemaran pun mesti ada juga la warna yang korang akan selalu pakai. Biasanya warna hitam atau warna putih.

Kalau Mek D sendiri pulak, warna kegemaran masa zaman remaja dulu ada la. Warna apa lagi kalau bukan pink. Perempuan dengan pink memang tak boleh dipisahkan.

Tapi itu semua dulu la. Pantang nampak yang warna pink mesti berkenan. Baju pink, tudung pink, cadar pink, kotak pensil pink. Hehe.

Bila dah makin meningkat umur ni, takde warna kegemaran spesifik dah la. Cuma lebih memilih kepada warna pastel atau warna selamat untuk dipakai dengan warna apa sekali pun.

Lagipun sekarang ni zaman colour blocking, jadi tak kisah sangat nak pakai warna apa. Asalkan nampak CANTIK.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment