Saturday, August 12, 2017

TIPS SIHAT SUKU SUKU SEPARUH



Suku suku separuh

Sudah menjadi salah satu budaya di Malaysia adalah makan sampai kenyang. Bagi Mek D makan sampai kenyang bukanlah sesuatu masalah yang menjadi priority utama. Tetapi yang menjadi priority utama kita adalah bagaimana cara kita mengenyangkan diri.

Sebab itulah Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan satu program yg dikenali sebagai suku suku separuh. Dengan program ini, masyarakat mampu mengambil bahagian makanan yang betul walaupun makan dgn banyak.

Jom Mek D terangkan tentang suku suku separuh.

Ambil satu pinggan dan bahagikan kepada suku, suku dan separuh.

Suku pertama adalah untuk karbohidrat. Tak kisah lah nasi ke, mee ke, bihun ke, capati ke, roti ke, roti canai ke. Semua kena letak suku daripada bahagian pinggan tersebut.

Suku yang kedua adalah protein. Contoh ayam, ikan, daging, arnab, sotong dan sebagainya.

Dan separuh daripada pinggan tersebut perlu dipenuhkan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dengan membuat kaedah ini, jumlah karbohidrat yang diambil adalah pada tahap yang sesuai disamping mendapat protein dan serat yang mencukupi.

Apabila perut kita penuh dengan sayur yang banyak, maka perut akan menghasilkan hormon ghrelin yang akan menyebabkan otak memberikan perasaan kenyang kepada seseorang. Bila kita kenyang, maka kita tidak akan menambah makanan lagi terutamanya makanan yg berunsurkan karbohidrat.

Lagi sekali saya katakan yg kita nak kenyang dengan cara yang betul. Kita tahu rakyat Malaysia suka makan. Tetapi makanlah dgn cara yg betul

Bila dah makan dengan betul lepas tu tambah dengan suplemen pula, in shaa Allah korang akan sihat.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment