Friday, August 25, 2017

Side income,perlu ke?

Side income, perlu ke?
======================

Agak-agak korang, mereka yang gaji RM3000 ke atas sebulan perlukan side income tak? Kalau duduk sorang, mungkin cukup la untuk perbelanjaan setiap bulan. Kalau yang dah ada isteri, ada anak 3 orang. Rasanya RM3000 tu agak kurang cukup. Kalau cukup pun, cukup-cukup makan je la orang cakap.

Sebab itulah Mek D rasa side income ni dah masuk kategori KEPERLUAN setiap seorang. Sebab pertama ialah KOS SARA HIDUP semakin MENINGKAT. Cuba korang pergi pasar, dengan duit RM50 berapa banyak barang yang korang boleh dapat? Tak banyak pun kan. Jauh beza dulu dengan sekarang.

Sebab kedua Mek D rasa kita perlukan side income sebab kita NAK HIDUP LEBIH SELESA. Ye, mungkin ada yang dah selesa dengan pendapatan sekarang. Tapi selesa ke kalau cukup-cukup makan je. Nak tengok je ke orang lain hidup lebih selesa, dapat bawa keluarga keluar makan bersama. Mesti tak nak kan?

Side income juga sebenarnya dapat bantu untuk PERCEPATKAN BAYARAN HUTANG. Bila ada duit lebih, bolehlah bayar hutang lebih dari biasa. Tak siapa pun suka nak hidup dalam hutang kan. Lagipun hutang wajib dibayar walau tak dituntut. Lagi cepat habis bayar hutang, lagi senang hati.

Percaya tak dengan adanya side income juga korang boleh bahagiakan lagi orang tersayang. Ye la, kalau ada duit lebih korang boleh beri hadiah pada hari istimewa. Lepastu boleh juga ajak bercuti tanpa perlu fikir kat mana nak cari duit untuk bercuti. Kan best macam tu.

Yang terakhir sekali ialah dapat beri WANG PERBELANJAAN PADA MAK AYAH lebih banyak. Yang ni paling penting sebenarnya. Makin kita beri kepada orang tua kita, makin berkat rezeki kita.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment