Sunday, August 13, 2017

PETUA CERAHKAN KULIT AKIBAT SUNBURN

Petua cerahkan kulit akibat sunburn.



Kulit sunburn teruk akibat berjemur di tengah panas? Lagi-lagi bila terkena panas pantai. Mesti susah nak hilang sunburn kan.

Kali ni Mek D nak kongsikan petua cerahkan kulit akibat sunburn.
Jom tengok bawah ni.

 1.Mayonis

Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari.

Nak kesan yang lebih sensasi? Sejukkan dulu mayonis di peti ais kemudian sapu pada kulit. Cubalah!

2. Tembikai

Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinaran matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas.

Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

3. Daun lidah buaya

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti anda akan perasan perubahannya nanti.

4. Masker timun dan susu tepung

Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. setelah campuran likat, sapukan ke seluruh kulit wajah seperti masker. Kedua-dua bahan ini mampu menyejukkan kulit yang terbakar.

5. Tomato

Cuci bersih tomato yang hendak di gunakan. Kemudian belah dua. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih.

6. Pakai masker ESP atau vitamin C

Ni cara semulajadi guna suplemen. Mesti kulit akan rasa lebih lembap dan makin cerah juga bila pakai masker ni.

Nanti boleh cuba ye kalau sunburn teruk tu.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment