Thursday, August 17, 2017

Panduan Persediaan Untuk Hamil

Panduan Persediaan Untuk Hamil
==================================
Mek D yakin sangat,setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan kehadiran zuriat dalam hidup kan. Ye la,zuriat adalah antara yang jadi penyeri hubungan dan pengukuh kasih sayang setiap pasangan.

Tapi memang ada juga pasangan yang masih diuji belum dapat baby. Jangan risau ,Allah akan bagi tepat pada masanya yang betul-betul sesuai untuk korang. Tapi bila dah susah nak dapat zuriat tu jangan la putus asa,teruskanlah usaha untuk dapatkan zuriat tu.

Kali ni Mek D nak kongsikan panduan persediaan untuk hamil pula. Selain rawatan hospital dan cara kampung sebenarnya ada lagi benda yang lebih penting untuk korang titikberatkan iaitu mengambil makanan tambahan a.k.a suplemen.

Usaha untuk dapatkan zuriat jangan ditinggalkan pada wanita sahaja,orang lelaki pun kena usaha juga. Kalau sorang je yang berusaha memang susah nak berhasil tapi bila ada muafakat ia jadi lebih mudah.

Jadi untuk suplemen kepada orang lelaki dalm usaha untuk hamil,si suami boleh amalkan VITAMIN E. Ini kerana vitamin E mengandungi selenium semulajadi yang baik untuk kesihatan lelaki.

Lelaki yang mengambil vitamin E sekurang-kurangnya seminggu sekali akan mempunyai lebih tenaga dalam menikmati hubungan suami isteri berbanding yang tidak mengambilnya. Kajian juga menunjukkan vitamin E dan Selenium dapat meningkatkan pergerakan sperma.

Manakala orang wanita atau isteri yang dah dalam proses untuk hamil seeloknya mengamalkan B complex. Ini kerana B complex mengandungi asid folik yang sangat membantu dan diperlukan wanita yang ingin hamil. Bila sperma aktif dan ovum pun dah bersedia,jadi kebarangkalian untuk hamil tu sangat tinggi.

Semoga perkongsian Mek D ini dapat membantu pasangan yang ingin mendapatkan zuriat. Kalau nak order boleh hubungi Mek D segera.

www.wasap.my/60179051711
#gempakbintang

No comments:

Post a Comment