Monday, August 28, 2017

Menu Yang Wajib Dicuba

Kali ni Mek D nak kongsikan resepi dari negara Thai. Mek D pun tak tahu apa nama resepi ni,tapi resepi ni Mek D dapat dari abang Mek D yang keje tukang masak. Dia baru je try masak minggu ni.



Bahan untuk rebusan
===================
Ayam
Serbuk kunyit
Serai
Sedikit garam

Bahan-bahan untuk kuah
=======================
Sos cili Thai Maephranom
Kicap sotong
Daun ketumbar
Cili besar (merah)
Cili api
Limau nipis
Tomato
Tepung jagung
Garam
Gula

Cara membuat
===================
1. Rebuskan ayam bersama dengan swrbuk kunyit ,serai dan sedikit garam. Masukkan air untuk dapatkan stok ayam untuk dibuat kuah.
2. Bila ayam dah masak,tutup sebentar api dan toskan ayam. Ketepikan ayam di dalam bekas lain dulu.
3. Mula untuk hasilkan kuah. Masukkan cili besar,cili api,tomato,asam limau nipis, kicap sotong,sos cili Thai , garam dan gula. Biarkan ia mendidih sedikit.
4. Masukkan tepung jagung yang dah dicairkan dengan air. Kacau hingga pekat kemudian masukkan ayam.
5. Bila ayam dah sebati dengan kuah boleh matikan api. Masukkan daun ketumbar dan gaul rata. Then sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Ni boleh dikatakan resepi SIHAT juga sebab korang hanya perlu rebus ayam tak perlua pakai minyak.

Makan suplemen sekalipun tetap perlu makan makanan yang sihat juga.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment