Monday, August 14, 2017

Cara Mengatasi HB Rendah Ibu Hamil

Cara Mengatasi Hb Rendah Ibu Hamil



Masalah HB rendah atau dikenali sebagai anemia ni sering berlaku di kalangan ibu hamil. Biasa sangat. Dah jadi macam masalah normal pun.

Bacaan HB normal seorang wanita ialah 12 manakala bacaan normal bagi wanita yang mengandung pula ialah 11. Sekiranya bacaan lebih rendah daripada paras normal, bermakna mereka menghadapi masalah hb rendah atau anemia.

7 Sebab Berlakunya Masalah Anemia Semasa Hamil

1) Kekurangan iron (zat besi) ekoran kerana diet pemakanan harian yang tidak seimbang.
2) Kelemahan penyerapan zat besi dalam badan.
3) Faktor genetik seperti pembawaan penyakit talasemia.
4) Kehilangan banyak darah semasa kehamilan/haid.
5) Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
6) Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.
7) Masalah hemoglobinopathy (keganjilan hemoglobin dalam darah).

Untuk mengatasi gangguan tersebut, diperlukan cara untuk dapat meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah. Berikut adalah langkah-langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan  kadar hemoglobin dalam darah :

*Banyak mengambil  makanan yang mengandungi vitamin B12,  vitamin C, dan zat besi seperti bayam, tomato, brokoli, kacang-kacangan, asparagus, jagung, anggur, pisang, jambu biji, betik, mangga, dan sebagainya.

*Hindari mengambil makanan yang dapat  mempengaruhi penyerapan zat besi dalam tubuh iaitu makanan kaya serat dan kalsium seperti susu, coklat, minuman yang mengandungi bahaya kafein, dan sebagainya.

*Beristirehat yang cukup

*Melakukan olahraga ringan secara teratur

*Amalkan multivitamin Vitalea bersama vitamin C juga membantu. Vitamin C membantu memaksimumkan penyerapan zat besi.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment