Saturday, August 26, 2017

Cara Bahagikan Masa Untuk Bisnes Dan Urusan Harian

Cara bahagikan masa untuk bisnes dan urusan harian
==============================================

Bila dah mula buat bisnes online ni, banyak benda yang nak kena susun atur dengan baik. Walaupun Mek D bekerja dari rumah, kira macam fulltime Shaklee je.

Mesti semua orang ingat duduk rumah goyang kaki je, boleh fokus sepenuhnya dengan bisnes. Sebenarnya bila duduk rumah ni kerja memang takkan pernah habis. Ada je benda yang nak kena buat.

Jadi macam mana Mek D uruskan bisnes online dalam masa sama buat semua kerja rumah juga. (Andaikan Mek D macam WAHM la ye, sebab lebih kurang macam tu juga aktiviti Mek D). 😁

✅ sediakan TO DO LIST setiap hari
✅ siapkan kerja rumah awal pagi
✅ set BUFFER untuk buat perkongsian di FB
✅ curi sedikit masa sambil memasak untuk buat sharing di INSTAGRAM
✅minta DOA dengan Allah supaya Mek D boleh siapkan semua kerja yang perlu setiap hari

Bila ada bisnes online ni, mesti ada order juga kan. Kalau ada order jauh Mek D memang log in website shaklee2u je untuk pengeposan kepada pelanggan Mek D. Kalau ada yang nak COD je Mek D akan cari masa sesuai untuk hantar.

Urusan pembelian suplemen biasanya Mek D minta tolong dengan adik Mek D yang kebetulan bekerja di Kota Bharu dan dekat dengan branch Shaklee. Alhamdulillah segala urusan memang sentiasa dipermudahkan.

Jadi tak ada alasan untuk Mek D berhenti dari berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan orang ramai. Allah dah bukakan jalan seluas-luasnya untuk Mek D.  Tinggal Mek D je perlu tingkatkan lagi USAHA.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment