Saturday, August 26, 2017

Aktiviti Cuti Sekolah Bersama Anak Buah

Aktiviti cuti sekolah bersama anak buah
==================================

Cuti penggal sekolah dah bermula buat semua. Mesti ramai yang seronok kan sebab banyak plan dengan anak-anak yang boleh dibuat.

Biasanya kalau cuti sekolah macam ni, kenduri pun mesti banyak juga.  Boleh dikatakan tiap-tiap hari memang akan ada kenduri kalau di kampung Mek D ni. Sampai ada 3 kenduri sehari pun ye.

Semua pakat duk berebut nak buat kenduri musim cuti sekolah ni. Tapi cuti kali ni sekali dengan cuti raya haji, jadi ringan sikit la kerja nak memgemas rah Mek D.

Sebab apa? Sebab Mek D ada anak-anak buah untuk mintak tolong kemas rumah sekali. Nak raya kan, biasa la. Banyak benda nak kena kemas.

Sekurang-kurangnya bila anak buah Mek D cuti sekolah diorang boleh tolong kemas rumah dan sapu sampah sekali.

Selain daripada tolong Mek D mengemas rumah, biasanya waktu cuti ni memang waktu kami berkumpul beramai-ramai. Kalau nak buat makan untuk family seronok la sikit sebab semua orang ada. Baru lah semua orang boleh merasa.

Korang pula apa aktiviti dengan anak-anak di musim cuti sekolah ni?

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment