Thursday, August 24, 2017

5 Tips Merancang Untuk Hamil

5 Tips Merancang Untuk Hamil



1)Berat badan

Sebaiknya cuba capai berat badan ideal sebelum anda hamil. Berat badan berlebihan atau kurang berat badan berisiko untuk mendapat masalah semasa hamil. Wanita yang kurang berat badan berisiko melahirkan bayi pramatang, manakala wanita yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran, kecacatan kandungan serta masalah tekanan darah tinggi semasa hamil. Di samping itu, wanita obes juga berisiko mengalami komplikasi semasa proses bersalin. Berat badan juga memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang itu.

2) Kepentingan folate

Folate adalah vitamin B yang boleh didapati dalam makanan harian. Asid folik adalah versi sintetik vitamin ini yang boleh kita ambil dalam bentuk tablet.

Pengambilan asid folik adalah sangat penting. Dengan mengambil 400 mcg asid folik sehari untuk sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil dan semasa trimester pertama, kita dapat mengurangkan risiko bayi bermasalah saraf seperti spina bifida sebanyak 50-60% (CDC). Pengambilan asid folik juga dapat mengelakkan kelahiran cacat yang lain.



3) Berhenti merokok, minum alkohol dan pengambilan dadah.

Jika anda merokok atau menyalahgunagan dadah, inilah masanya anda kena berhenti. Banyak kajian menunjukkan merokok atau pengambilan dadah boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan.

Kajian mendapati penggunaan tembakau boleh memberi kesan negatif pada kesuburan anda serta meurunkan bilangan sperma lelaki. Kajian juga mendapati perokok sekunder (individu yang menhidu asap rokok semasa perokok merokok) juga memberi kesan pada kesuburan.

Pengambilan alkohol juga menurunkan peluang untuk anda mengandung.



4) Kurangkan pengambilan kaffein.

Walaupun tiada pendapat yang menyatakan berapa banyak kaffein yang selamat semasa hamil, pakar berpendapat bahawa wanita hamil atau yang tengah bercadang untuk hamil perlu mengelakkan diri daripada pengambilan keffein yang berlebihan.

Ada kajian yang mendapati perkaitan antara pengambilan kaffein yang berlebihan dengan pengurangan tahap kesuburan individu. Ada juaga yang mendapati perkaitannya dengan keguguran (walaupun jumlah kajian tidak banyak).

5) Mengamalkan set kesuburan

Pasangan yang masih berusaha boleh juga mengamalkan suplemen untuk hamil. Shaklee mempunyai set kesuburan untuk lelaki dan wanita. Hubungi Mek D untuk penerangan lebih lanjut tentang set kesuburan Shaklee.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment