Sunday, August 13, 2017

5 TIPS ATASI SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

5 tips atasi sembelit ketika berpantang.



Susah membuang air besar adalah masalah biasa bagi ibu-ibu selepas bersalin. Jika tidak dirawat, kesannya cukup menyeksa dan boleh jadi trauma.

Antara puncanya adalah kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu dan ubatan herba.

Selain itu, kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit.
Sembelit selepas bersalin terjadi kerana perjalanan najis di dalam saluran usus menjadi perlahan.

Terdapat beberapa faktor terjadi sembelit di kalangan ibu berpantang. Ia kerana : 👉Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.
👉Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
👉Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

5 tips atasi sembelit ketika berpantang

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6 hingga 8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu penghasilan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. Dehidrasi akibat kekurangan air kerana terlalu berpantang boleh menyebabkan luka lambat baik dan air susu menjadi kurang.

2. Terus ke tandas jika rasa mahu 'membuang' walaupun anda rasa kurang selesa terutamanya dalam minggu pertama selepas bersalin. Lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika dalam pantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin C yang memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomy ataupun luka caesarean.

5. Amalkan mengambil kalsium kerana kalsium membantu melawaskan pembuangan. Kalau tak suka minum susu pun boleh cukup kalsium. Anda boleh ambil OSTEMATRIX dan ALFALFA.
#gempakbintang

No comments:

Post a Comment