Wednesday, August 23, 2017

3 Cara Tambah Susu Badan

3 Cara Untuk Tambah Susu Badan
=========================================

Alhamdulillah tanggal 14 Ogos lepas, adik ipar Mek D dah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 7.43 pagi.  Syukur Allah permudahkan segala urusan.

Tapi masalahnya SUSU BADAN adik ipar kurang banyak lagi waktu tu, maklumlah anak sulung. Lepas tu dapat anak lelaki pula, memang kena usahakan jugala supaya susu badan bertambah.
Nasib baik adik ipar memang dah start ambil Set Berpantang (Vivix, vitamin C, Vita-lea & B complex) sejak dari hari pertama bersalin lagi. Jadi badan bertenaga sikit.

Hari kedua dapat tahu pula baby ada G6PD, jadi baby terpaksa ditahan dekat wad. Waktu tu susu badan memang tak bertambah lagi mungkin sebab adik ipar stress kurang rehat sebab kena jaga baby sorang-sorang kat wad.

Nak ambil makanan tambahan untuk tambah susu pun kena pilih juga sebab baby ada G6PD. Jadi kami cuba ikhtiar dengan kurma dan juga masak sawi rebus untuk bantu tambah susu badan. Dalam masa yang sama juga adik ipar masih lagi terus ambil set berpantang macam biasa.

Hari keempat baby dekat wad susu badan masih lagi kurang banyak tapi kami masih usahakan juga. Adik ipar memang disuruh untuk minum air masak banyak-banyak. Dan tak lupa juga amalkan zikir YA MATEEN untuk bantu tambah susu badan.

Alhamdulillah masuk hari keenam, dengan usaha ambil SUPLEMEN, MAKANAN TAMBAH SUSU BADAN dan juga ZIKIR, susu badan akhirnya dah banyak. Yang penting kalau susu badan tak banyak lagi, jangan STRESS je. In shaa Allah susu badan akan bertambah.

#gempakbintang

No comments:

Post a Comment