Wednesday, April 12, 2017

BERNIAGA SEJAK DARI ZAMAN SEKOLAH RENDAH LAGI

Bila diingat kembali zaman sekolah rendah dulu, Mek D sebenarnya memang dah terdedah juga dengan selok-belok bisnes. Tapi masa sekolah rendah tu hanya jual sekadar untuk penuhi permintaan kawan-kawan.

Lagipun masa zaman sekolah dulu, Mek D memang bawa duit belanja sikit je. Jadi duit jualan tu boleh juga buat tampung belanja Mek D.

Masa kecik dulu, arwah kakak Mek D memang ada buat macam-macam jenis aiskrim Malaysia tu. Aiskrim bubur, jagung, bandung, asam masin dan lagi beberapa jenis.

Mek D akan bawa aiskrim tu waktu sekolah petang atau waktu kelas tambahan. Sebab waktu tu kan cuaca tengah panas, jadi memang ramai la yang nak beli.  Alhamdulillah memang boleh dikatakan setiap hari habis jualan Mek D.

Kadang-kadang je tak habis, biasa la orang berniaga kan. Ada hari jualan laku cepat, ada hari slow sikit. Itu dah memang adat orang berniaga.

Dan Mek D pun tak pernah sangka yang Mek D akan terjebak dengan bisnes Shaklee. Walaupun belajar dulu ada la juga study pasal bisnes ni. Tapi belajar yang basic je la.

Tapi syukur sangat sebab bertemu dengan bisnes Shaklee ni. Mek D dah alami banyak perubahan dalam kehidupan dari segi rohani. Mek D harap sangat dengan bisnes Shaklee ni Mek D boleh tolong ubah kehidupan orang lain juga.

No comments:

Post a Comment