Tuesday, April 18, 2017

7 RAMUAN ISTIMEWA SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Untuk entri kali ini, Mek D ingin kongsikan 7 ramuan rahsia Shaklee Collagen Powder(SCP).  Seperti ramai yang dah tahu, ramuan utama untuk SCP ialah sisik ikan merah. Jadi Mek D akan kongsikan kesemua 7 ramuan rahsia SCP.



i)  Kolagen dari SISIK IKAN MERAH

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.

ii) Ekstrak biji Camellia Japonica

Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik,  satu emolion dan pelembap kulit yang hebat,  dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

iii) Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia japonica, membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic.
Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan licin.

iv) Elastin dari kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

v) Vitamin C dan Vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.

vi) Ekstrak kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

vii) Lactobacillus acidophilus

Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.
Ini adalah 7 ramuan rahsia Shaklee Collagen Powder. Korang mesti tak sabar nak cuba kan bila baca tentang kesemua ramuan ni.

No comments:

Post a Comment