Wednesday, December 21, 2016

Penyakit Kulit Kanak-kanak

Penyakit Kulit Kanak-Kanak

Selain kudis buta, HFMD yang biasa terjadi pada kanak-kanak, ada sejenis jangkitan kuman yang biasa terjadi kat muka. 



Namanya impetigo. Yang disebabkan oleh bakteria daripada kumpulan Streptococcus & Staphylococcus. 

Impetigo biasanya disahkan melalui pemerhatian sahaja. Jadi jangan marah pula kalau doktor tak pegang muka anak, sebab tengok aje pun dah tahu ini adalah impetigo. Pegang-pegang kang, terjangkit pula kat doktor.

Jenis bakteria boleh ditentukan dengan ujian darah, tapi biasanya tak buat pun sebab pilihan antibiotik yang diberikan berkesan kepada kedua-dua bakteria & ujian itu mungkin tidak praktikal kerana keputusannya mengambil masa mungkin beberapa hari. 



Rawatan impetigo bergantung kepada tahap keterukan & jenis bakteria jika ujian darah dilakukan.

Rawatan di rumah.

--Mak boleh cuci bahagian terlibat beberapa kali sehari menggunakan cecair antiseptik yang diberikan tapi elakkan menggosok. Lap dengan kain bersih sehingga kering & sapu krim antibiotik jika diberikan.

--Kalau doktor bagi antibiotik untuk makan, pastikan ubat dimakan mengikut arahan & antibiotik mesti dihabiskan.

--Kuping-kuping di sekitar ruam itu boleh dibuang untuk mempercepat penyembuhan dengan basahkan dengan air, jangan tarik macam tu je, berdarah nanti.

--Elakkan sentuh dengan tangan tapi guna kain & basuh tangan sebelum & selepas merawat impetigo.

--Anak-anak yang tak berjangkit, cuba asingkan sekejap. Elakkan berkongsi barang-barang peribadi terutamanya tuala.

Biasanya impetigo akan berkurang dengan antibiotik & sembuh kurang lebih dalam seminggu. Kalau belum sembuh atau makin teruk, sila balik ke klinik untuk rawatan lanjut.


#impetigo

No comments:

Post a Comment