Sunday, November 27, 2016

Tips Menguruskan Masa Dengan Betul

Kita semua diberikan masa 24 jam je sehari untuk setiap orang kan. Takde lebih atau kurang. Betul tak? 

Bagaimana nak bahagikan masa untuk buat macam-macam kerja satu hari. Terutama sekali ibu-ibu yang bekerja dan dalam masa yang sama buat bisnes online. 

Macam Mek D sendiri, sekarang memang BEKERJA dan buat juga BISNES ONLINE Shaklee. Memang kena betul-betul pandai rancang masa untuk buat bisnes ni. 

Yang paling penting memang kena ada KEINGINAN. Hari ni Mek D nak kongsikan dengan kawan-kawan macam mana Mek D bahagikan masa untuk buat dua kerja dalam satu masa. 



Biasanya untuk buat post dekat Facebook Mek D lebih suka update bila datang idea. Tapi memang Mek D akan siapkan dulu kerja-kerja yang wajib. Kalau rasa macam banyak sangat kerja hari tersebut barulah Mek D gunakan buffer atau hootsuite untuk ypdate status dekat FB. 

Yang paling penting kena ada list atau perancangan apa yang kita nak buat sepanjang hari. Mark mana yang PENTING dan WAJIB. Siapkan mana yang Mek D dah mark dulu. 

Lepas tu baru Mek D buatkan task lain yang perlu untuk sepanjang hari. Biasanya waktu rehat dan waktu malam adalah masa untuk Mek D gunakan bagi buat bisnes. Tambah ilmu-ilmu yang perlu lagi. 

Kawan-kawan pulak,macam mana kawan-kawan rancang masa dan kerja kawan-kawan? 

#tsunamishaklee #tsunamisuper8 #landmarkstudy #liveamazing #shakleeeffects #pengedarsahshaklee

No comments:

Post a Comment