Sunday, October 2, 2016

MANFAAT BUAH DELIMA YANG BELUM DIKETAHUI ORANG RAMAI

MANFAAT BUAH DELIMA

Manfaat buah delima sangat banyak, sama ada dengan memakannya secara biasa, mengambil jusnya setelah dikisarkan atau dengan menjadikannya cuka delima.

Menurut kajian yang dilakukan oleh American Journal of Clinical Nutrition, mendapati buah delima kaya dengan sebatian antioksidan yang mampu mencegah mencegah oksidasi LDL atau kolesterol jahat dalam tubuh. Ini bermakna proses pengerasan dan sumbatan dalam salura darah dapat dicegah. 





Dalam satu gelas jus delima mengandungi lebih banyak sebatian antioksida dibandingkan dengan satu gelas red wine, green tea atau jus orange. Oleh itu di Amerika, produk jus buah delima menjadi tren minuman kesihatan terkini.

Jus buah delima mengandungi kalium (potasium) per 100 gram (259 mg/gr), energi 63 kal, 30 mg vitamin C. Komponen ini dianggap sangat penting bagi kesihatan jantung (Time, Desember 2003).

Sari buah delima juga tinggi kandungan flavonoidnya, suatu jenis antioksidan kuat yang penting peranannya untuk mencegah berkembangnya radikal bebas di dalam tubuh sekaligus memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak, serta mampu dalam memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung, dan kanser.





Antioksidan yang terkandung didalamnya membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol.



Dalam kajian dari Vanderbilt University Medical Center mendapati bahawa orang yang meminum jus 3 kali atau lebih dalam seminggu, dapat menurunkan risiko terkena alzheimer hingga 76% dibandingkan orang yang tidak minum jus sama sekali.

No comments:

Post a Comment