Tuesday, October 11, 2016

BERANI UNTUK BERIMPIAN BESAR DENGAN BISNES SHAKLEE

Sebelum mula buat bisnes Shaklee ni, Mek D tak yakin pun yang Mek D mampu untuk buat bisnes. Ye la, family saya memang takde background bisnes pun. Mak ayah penoreh getah je. Arwah datuk dan nenek pun memang takde yang berniaga.

Tapi saya cuba juga buat bisnes Shaklee ni. Daripada zero, saya cuba buat marketing dengan ilmu yang saya pelajari masa zaman study degree dulu. Daripada tak buat blog, saya dah mula tulis blog.
Status dekat FB pun dah banyak menjurus kepada bisnes

Alhamdulillah walaupun ambil masa yang lama, saya sudah nampak jalan yang makin terbuka luas untuk saya. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari upline dan adik-beradik Shaklee, banyak sangat yang saya perolehi dengan bisnes ni.



Bila dah nampak jalannya, maka impian saya pun dah makin besar la. Lagipun memang kami semua dah digalakkan untuk mempunyai big dream.

Saya nak sangat bantu orang ramai dekat luar sana untuk hidup cara sihat dan kembali sihat dengan suplemen Shaklee. Saya juga nak bantu mana-mana penganggur dekat luar sana yang rasa susah sangat nak dapat kerja untuk sama-sama buat bisnes. Kita buktikan yang kita juga mampu meransang ekonomi negara walau hanya dari rumah.

Tak ada jalan singkat untuk berjaya tapi tak mustahil untuk kita lebih berjaya kalau kita berusaha.

#tsunamishaklee
#tsteam3
#cintaturbo7

No comments:

Post a Comment