Tuesday, September 6, 2016

RISIKO SALAH GUNA UBAT TAHAN SAKIT

Salah guna ubat tahan sakit mendatangkan risiko kepada tubuh kita.Untuk entri kali ini Mek D ingin kongsikan perkongsian daripada Dr. Zubaidi mengenai bahaya pengambilan ubat tahan sakit secara berterusan. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

BAHAYA UBAT TAHAN SAKIT

Ubat tahan sakit di bawah kumpulan ubat Anti Radang Jenis Bukan Steroid atau dikenali juga sebagai ‘Non Steroidal Anti-Inflammatory Drugs’ (NSAIDs) mwmberikan kesan sampingan yang bahaya.

Terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit di bawah kumpulan ini namun mempunyai cara tindak yang sama iaitu mengurangkan sakit, bengkak atau radang dan boleh mengurangkan gejala demam.

Contoh-contoh ubat di bawah kumpulan ini adalah seperti Mefenamic Asid, Ibuprofen, Naproxen dan Indometacin. Kesan sampingan ubat-ubatan sintetik ini lebih berbahaya dari ubat Paracetamol kerana ia boleh menyebabkan iritasi atau keradangan perut. Jika diambil berterusan, ia boleh menyebabkan ulser pada perut dan kerosakan pada buah pinggang.

Disebabkan kesan sampingan ini, terdapat ubat baru yang dihasilkan di bawah kumpulan NSAIDs namun mempunyai kesan iritasi atau keradangan perut yang berkurangan. Ubat baru ini adalah seperti Celecoxib atau Etoricoxib. Walau bagaimanapun ubat ini tetap boleh menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang jika diambil dalam jangka masa panjang.



KESAN SAMPINGAN AMBIL UBAT TAHAN SAKIT

Kesan sampingan akibat pengambilan ubat NSAID ini lebih berbahaya dari ubat paracetamol. Ubat NDAID boleh menyebabkan keradangan pada prmukaan dalam lapisan perut. 

Kebiasaannya pesakit yang mengambil NSAIDs mengadu mengalami kesan sampingan seperti rasa tidak selesa atau pedih pada perut (yang selalunya disebut sebagai pedih ulu hati) dan kembung perut. Selain itu ia menyebabkan rasa loya dan muntah. 

Jika ubat ini diambil berterusan dalam jangka masa yang panjang atau diambil dalam dos yang berlebihan, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang lebih teruk seperti menyebabkan luka (ulser) pada perut dan kerosakan pada buah pinggang dan hati. 

Pada masa kini, banyak ubat-ubatan sintetik yang baru yang dicipta bagi mengurangkan kesan sampingan keradangan perut. Antara ubat baru yang dikatakan dapat mengurangkan kesan sampingan keradangan perut adalah seperti Celecoxib atau Etoricoxib. Namun, ubat sintetik yang baru ini masih boleh menyebabkan kerosakan kepada hati dan buah pinggang jika diambil dalam jangka masa panjang atau dos yang berlebihan.

1 comment:

  1. Betul banyak betul ubat pembunuh senyap sekarang ne...

    ReplyDelete