Tuesday, September 13, 2016

MACAM MANA NAK MULA BISNES ONLINE?

Ramai yang nak cuba buat bisnes online tapi tak tahu macam mana nak mulakan. Tak tahu nak mulakan dari mana? Betul tak?
Hari ni saya nak kongsikan beberapa tips untuk anda mulakan bisnes online.



1. Berani

Perkara pertama yang perlu anda buat ialah pecahkan tembok yang ada dalam diri kita sendiri. Macam saya masa mula-mula nak start bisnes online ni selalu je fikir macam ni.

" Nanti apa kawan-kawan aku akan cakap."
"Malu la nak buat promosi dekat kawan-kawan"

Itu memang perkara normal bagi kita yang baru nak mulakan bisnes online. Selagi kita tak berani nak pecahkan tembok yang ada dalam diri kita,selagi itulah kita takkan maju.

2. Gadget dan data internet

Selalu ada juga yang bagi alasan takde komputer atau laptop nak lakukan bisnes online. Tu semua alasan je.

Zaman sekarang ni banyak je smartphone canggih yang murah atau mahal. Pilih je mana yang kita mampu. Yang penting kita manfaatkan teknologi yang ada.

Bila dah ada smatrphone dengan data internet,nak promote ke,nak hubungi customer dan buat promosi sangat lah mudah.

3. Sistematik

Nak buat bisnes online ni memang kena sistematik juga sebab banyak benda yang kita kena lakukan. At least kena ada to do list supaya kita tak tertinggal kerja yang kita perlu lakukan.

Maklum la bila dekat rumah tu memang banyak je kerja yang kita nak lakukan. Mesti ada yang terlupa kalau tak buat list.

4. Jaga hubungan dengan Allah

Yang ni paling penting sebenarnya. Bila kita usahakan sesuatu, kita sebenarnya sedang meminta dengan Allah.
Jadi tak salah kalau kita rapatkan diri kita lagi dengan Allah. Banyakkan masa kita untuk Allah. In shaa Allah akan ada rezeki untuk kita.

Kalau nak tahu lebih lanjut atau rasa nak saya guide untuk mulakan bisnes online, boleh je hubungi saya di 017-9051711.
Anytime saya akan bantu anda.

#tsunamishaklee
#bisnesdarirumah
#bisnesonline
#tsteam3

No comments:

Post a Comment