Tuesday, September 20, 2016

KENAPA KITA PERLU DETOKS?

Rasanya ramai dah sedar tentang kepentingan detoks ni. Tapi hari ni Mek D nak juga kongsikan kenapa kita perlu detoks?

Faktor utama kita perlu detoks adalah untuk memastikan kadar penyerapan vitamin dan nutrien daripada pemakanan seharian kita adalah 100% berkesan serta membawa keluar racun dan toksin di dalam badan kita.

Selain itu detoks juga penting untuk menyingkirkan logam berat terutama plumbum dan merkuri dari badan. Dalam badan kita ada logam? Biar betul? Kita terdedah kepada logam berat di setiap aspek kehidupan kita.


  • Plumbum dari cat rumah, sistem perpaipan, tanah pertanian
  • Merkuri dari makanan laut yang dicemari merkuri
  • Kadmium dari perokok, barang-barang berkadmium seperti bateri, makanan yang dicemari kadmium.
Pendedahan terhadap logam boleh memberi kesan kepada sistem saraf utama, organ dalaman, sistem endoktrin dan tulang kita.

Program detoks juga membantu kita untuk sucikan organ dalaman kita dari bahan toksin terutama hari, ginjal dan otak.


Bila kita dah detoks secara automatik usus kita akan bersih. Dan kita perlu detoks untuk perkuatkan bakteria baik dalam usus kita,baru lah badan kita akan sihat dan bertenaga. Di samping itu detoks turut membantu untuk kita recaj sistem imun kita dan menyingkirkan parasit yang duduk menumpang dalam badan kita. 

Nanti untuk next entri Mek D akan kongsikan dengan anda semua jenis-jenis detoks dan cara detoks Shaklee. Stay tuned okay.



No comments:

Post a Comment