Friday, April 3, 2015

MAKANAN UNTUK SUBUR




Anda baru sahaja selesai menjalani pembedahan disebabkan endometriosis, fibroid dan ovarian cyst? Inilah saat paling getir bagi anda meningkatkan imuniti tubuh untuk mencegah penyakit itu daripada berulang kembali.

Langkah awal yang boleh anda buat buat ialah cuba kurangkan stres, bersenam dan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, banyakkan berzikir dan kurangkan pendedahan kepada bahan toksik.

Jauhi daripada terhidu asap beracun, semburan serangga dan pewangi di rumah mahupun di dalam kereta. Gunakan bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodoran.

Bagaimanapun, usah sesekali mengabaikan faktor pemakanan. Ikutilah tip makan secara sihat daripada pakar kesuburan terkenal, Dr Hamid Arshat ini sebagai panduan mencerahkan peluang anda untuk hamil kelak.

1. Penting bagi anda mengambil makanan berkhasiat dan mengandungi zat yang diperlukan tubuh. Justeru, jauhi semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis seperti makanan segera dan makanan ringan. Ini termasuklah, burger, sosej, nuget, kentang goreng, donut, kuih-muih, ais krim dan coklat.

Elakkan minuman ringan, jus dan kordial dalam botol atau kotak.

2. Makan 70 peratus bahan-bahan mentah dan segar iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan seperti betik, nanas, jambu batu, tembikai, buah naga dan sebagainya.

Anda juga digalakkan memakan ulam-ulaman seperti daun turi, keledek merah, bayam, bendi, terung, kangkung dan cekor manis.

3. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua epal hijau, dua lobak dan dua batang seleri. Anda juga boleh buat jus ¼ betik dan ¼ nanas (khas untuk seminggu sekali ketika datang haid).

Buat jus asli ditambahkan sedikit air untuk dijadikan satu jug. Sejukkan di happy wheels demo dalam peti ais semalaman.

4. Keesokan paginya, sebaik sahaja anda bersarapan, kacau sebati jus yang telah disejukkan, minum satu gelas. Selepas itu, minum pula satu camca besar minyak zaitun asli atau minyak kelapa dara.

Makan dua biji telur separuh masak bersama bjirin. Jauhi roti putih atau nasi putih. Tukarkannya dengan roti gandum penuh atau beras perang.

5. Makanan selingan ketika minum petang atau sementara menanti waktu makan tengah hari, seboleh-bolehnya, elak daripada mengambil makanan bergula dan berkarbohidrat tinggi. Makanlah buah-buahan atau segenggam campuran kekacang seperti gajus dan kismis.

Perbanyakkan minum air mineral atau teh hijau. Elak meminum teh tarik atau kopi susu.

6. Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur sewaktu makan tengah hari. Ataupun memadai memakan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air kosong atau air kelapa muda.

Elakkan daripada mengambil nasi dan makan yang mengandungi karbohidrat.

7. Untuk makan malam, minum satu gelas jus diikuti satu camca besar cuka epal.

Masak sup sayur kubis, lobak, brokoli dan cendawan. Anda juga boleh buat rojak atau pecal yang mengandungi kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu.

Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada beras perang yang lebih sihat untuk tubuh.

8. Makanan tambahan yang perlu bagi mempercepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamin, Vitamin C, Vitamin E dan habbatus sauda.

Anda boleh amalkan variasi buah beri, spirulina dan rumpai laut yang dipercayai baik untuk kesihatan.

No comments:

Post a Comment