Wednesday, April 1, 2015

ALAT MEKAP SALAH SATU PENYEBAB KANSER

APA ITU PARABEN?



  • PARABEN ialah bahan kimia pengawet yang buatan manusia yang digunakan dalam penghasilan pelbagai produk kosmetik, losyen & pelembap, shampu, produk pencukur, pencuci badan, mekap. 
  • Sesetengah makanan, ubatan dan suplemen juga mengandungi paraben. 
  • Nama lain yang mungkin ditulis adalah methylparabendan propylparaben.

KENAPA ADA PARABEN DALAM KOSMETIK?


  • Produk yang bebas dari Paraben ini lazimnya sukar didapati di pasaran Malaysia.
  • Produk tanpa Paraben  ini sering bertulis ‘Paraben-free’  di hadapan produk.
  • Paraben yang biasa digunakan adalah  
    methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparaben
  • Paraben membantu produk penjagaan kulit untuk bertahan selama berbulan atau mungkin bertahun-tahun (sebab itu ia boleh didapati dalam hampir semua produk).
KESAN NEGATIF PARABEN PADA TUBUH MANUSIA

  • Menurut kajian, tubuh dapat menyerap sebanyak lebih kurang 2 kg bahan kimia dari kosmetik setiap tahun.
  • Paraben dapat ‘meniru’ hormon dalam badan dan menganggu fungsi sistem endokrin badan.
  • Berikut merupakan risiko kesihatan yang mungkin kita hadapi jika berterusan mengambil bahan Paraben ini:
  1. Kanser Payudara
  2. Matang sebelum sampai usia
  3. Mengurangkan kadar pengeluaran sperma
  4. Penuaan Pra-Matang
KANSER PAYUDARA


  • Paraben dapat meniru estrogen dan menggangu sistem hormon tubuh badan.
  • Universiti Cornell melaporkan bahawa pendedahan terhadap estrogen dalam jangka masa yang panjang boleh meningkatkan risiko diserang barah payudara.
  • Estrogen merupakan bahan kimia sintetik yang berfungsi seperti estrogen, memainkan peranan dalam menggalakkan pertumbuhan sel payudara dan memberi kesan kepada hormon lain yang menggalakkan pertumbuhan sel payudara. 
  • Badan kita tidak dapat memusnahkan estrogen sintetik dengan mudah, dan ia dapat berkumpul di dalam sel lemak, termasuklah tisu payudara.
  • In 2004, findings from a study published in the "Journal of Applied Toxicology" were released indicating that parabens may play a role in the development of certain types of breast cancer. 
  • Researchers conducted tests on 20 different samples of human breast tumors, which revealed parabens to be present in each sample.
MATANG SEBELUM USIA

  • Kebolehan Paraben untuk meniru hormon lain menjadikan ia gangguan kepada sistem endokrin badan.
  • Sistem endokrin merembeskan hormon ke dalam aliran darah dan terlibat dalam fungsi tertentu dalam penghadaman dan metabolisma badan.
  • Gangguan endokrin ini boleh membuatkan budak lelaki dan perempuan matang atau akil-baligh sebelum usia yang sepatutnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The New York Times.
  • Pengkaji endokrin telah membuat pemerhatian dan mendapati gadis seawal 8 tahun telah menunjukkan pertumbuhan payudara dan bulu ari-ari. 
  • Gangguan endokrin juga dapat menyumbang kepada pembesaran testis dan perkembangan payudara terhadap budak lelaki.
MENGURANGKAN KADAR PENGELUARAN SPERMA

  • Paraben juga memberi kesan terhadap sistem reproduktiviti lelaki. 
  • Dalam satu kajian, para pengkaji telah menyuntik paraben kepada beberapa ekor tikus yang berusia 3 minggu. Selepas 4 minggu, pengkaji telah meneliti tikus tersebut dan mendapati pengeluaran spermanya telah menurun yang berkait rapat dengan jumlah paraben yang diterima. 
  • Tikus yang menerima dos paraben yang banyak yang konsisten dengan pengambilan paraben harian di Eropah dan Jepun, menunjukkan penurunan kadar sperma yang ketara.
  • In addition to this chemical’s estrogen-like effects in women, parabens also have been associated with adversely interfering with the male reproductive system. 
  • According to live-naturally.co.uk, findings from several studies have reported low sperm counts as well as decreased levels of testosterone in men, and it was concluded that these results were related to the absorption of parabens in commercial products.
PENUAAN PRA-MATANG

  • Kajian mendapati produk kosmetik yang mengandungi paraben mempercepatkan proses penuaan kulit.
  • Seperti yang dilaporkan oleh live-naturally.co.uk, penyelidik dari Universiti Kyoto Prefectural Perubatan di Jepun mendapati bahawa jenis metil parabens meningkatkan kepekaan dan kerosakan dari matahari; iaitu, apabila terdedah kepada sinar ultraviolet, sel-sel kulit mati pada kadar yang lebih cepat daripada biasa.
  • Oleh itu, seseorang itu perlu melihat kandungan bahan-bahan adakah ia mengandungi methylparabens sebelum membeli produk kecantikan untuk kulit.
Jadi mulai hari ini berhati-hatilah dalam memilih kosmetik. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua tentang bahayanya paraben.

No comments:

Post a Comment