Thursday, March 12, 2015

Tips Untuk Pastikan Berat Badan Naik Mendadak Ketika Hamil Menurun Selepas Bersalin

Berat badan naik mendadak semasa hamil menjadi salah satu masalah kepada para ibu. Kerana majoriti daripada para ibu akan mengalami masalah yang sama. Salah satu sebab berat badan naik mendadak mungkin disebabkan oleh cara pemakanan semasa mengandung. Almaklumlah makan untuk dua orang. Ye tak.

Bila berat badan naik mendadak masa mengandung, pasti berat tu susah nak turun walaupun dah bersalin dan habis berpantang. Namun ada juga sesetengah ibu yang berjaya untuk dapatkan balik berat ideal mereka.

Bila berat badan naik lebih banyak dari sebelumnya, kebarangkalian untuk nampak lebih tua dari usia itu sangat tinggi. Yang ini memang saya sangat yakin para ibu di luar sana tak nak dengar keluar dari mulut orang kan? Oleh sebab itu,para ibu perlu cari penyelesaian untuk masalah ini.

Jom saya kongsikan sedikit tips untuk dapatkan kembali berat ideal setelah berat naik mendadak:
Bagaimana nak kempiskan perut selepas bersalin?

Breastfeeding. Adalah satu kelebihan bagi ibu-ibu lepas pantang kerana anda adalah ibu menyusu. Menyusu membakar 500 kalori setiap hari. banyakkan mengepam, banyakkan direct feeding insyaaAllah sangat emmbantu bukan sahaja mengecutkan rahim tapi bantu ibu untuk cepat kembali ke bentuk asal.

Jangan tinggal sarapan. Banyak kajian-kajian menunjukkan bahawa amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tengahari dan malam. Roti wholemeal adalah digalakkan untuk menggantikan nasi.

Minum air putih secukupnya. Air putih perlu diambil dalam kuantiti yang sesuai dengan berat badan.

Lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaiknya 5 hidangan sehari. jadi pastikan ada bekalan buah yang boleh dimakan dan bertindak sebagai snek ketika anda terasa lapar di antara waktu sarapan pagi dan lunch atau di antara lunch dan dinner.

Selain daripada itu, anda juga boleh lihat sendiri perkongsian dari Puan Salwa tentang cara untuk beliau turunkan berat badan selepas bersalin. Enjoy the video !!





Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Semoga dengan perkongsian saya kali ini, para ibu diluar sana akan terus berusaha untuk dapatkan kembali berat badan yang ideal seperti zaman anak dara.

No comments:

Post a Comment