Friday, March 6, 2015

Impian Nak Pakai Masker Vivix Jadi Kenyataan

Kalau anda baca tajuk tu ,mesti anda semua senyum je kan. Alah setakat nak pakai masker Vivix tu takde la susah mana pun. Ye tak? Tapi itulah yang saya impikan sebelum ni. Almaklumlah nak beli Vivix modal besar sikit. Jadi saya kena kumpul duit dulu untuk beli Vivix.

Untuk pengetahuan anda semua, saya ni bukannye jenis yang rajin sangat nak bermasker bagai ni. Sebab saya seorang yang sangat simple dan tak suka benda-benda remeh. Tapi sejak saya dengan produk Shaklee, Allah gerakkan hati saya untuk jadi rajin pakai masker. Sebab apa? Sebab jimat la.

Ye la, kebanyakan suplemen yang saya makan memang boleh digunakan untuk buat masker. So, saya boleh tukar-tukar masker yang saya nak pakai. Walaupun bertukar-tukar masker, saya tak risau sebab suplemen Shaklee memang diyakini selamat dan diperbuat dari bahan semulajadi. So, memang takde masalah kulit menggelupas lepas saya amalkan masker dengan suplemen Shaklee. Malah kulit saya makin hari makin elok

Antara masker yang saya pernah cuba ialah :

  • Masker ESP
  • Masker ESP + Alfalfa
  • Masker ESP + vitamin E
  • Masker Vitamin C
  • Masker Alfalfa
  • Masker Vivix 

Haaa. Inilah muka saya semasa pakai masker Vivix. Sangat best kalau rasanya sebab Vivix memang simpan dalam peti ais. Lepas ambil dan sapu dekat muka, memang nyaman rasa kulit muka. Lepas biarkan dalam setengah jam untuk serap segala khasiat Vivix, saya bersihkanlah muka saya.

Jom la cuba jugak.Rugi tak cuba taw. Ni antara rahsia untuk nampak awet muda. Sebab tu ada yang tak percaya bila saya cakap umur sayadah 30 tahun. Inilah yang saya amalkan.

No comments:

Post a Comment